Selasa, 10 Oktober 2017

Syed Saddiq akan berdamai dengan Dato Hamidah, Takut ker bila Hamidah buat laporan SPRM



Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Syed Saddiq Abdul Rahman mengakui pertelingkahannya dengan bekas naib presiden Datuk Hamidah Osman yang bermula beberapa bulan lalu, adalah salah faham.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas pertemuan dengan adik Hamidah, Hamizura, di Petaling Jaya hari ini. 

Anggota jawatankuasa Wanita PKR Syarul Ema Rena Abu Samah, atau lebih dikenali dengan nama 'Ratu Naga' di media sosial, hadir sebagai orang tengah. 

Hamidah yang merupakan salah seorang pengasas BERSATU meletakkan jawatan pada 16 September lalu, selepas dituduh menjadi dalang kepada desakan dalaman parti agar presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan. 

Syed Saddiq sebelum ini menuduhnya sebagai ejen Umno. Beliau juga mendakwa wujudnya konspirasi untuk mengancam dan menyogok dirinya dan pemimpin BERSATU yang lain termasuk Hamidah, untuk melemahkan parti itu.

NOTA LUTUT:

YANG PASTI,  SADDIQ TAKUT APABILA DATO HAMIDAH MEMBUAT LAPORAN SPRM MENGENAI INDIVIDU BERNAMA 'H' YANG DIKATAKAN CUBA MERASUAHNYA SEJUMLAH  RM 5 JUTA.