Khamis, 26 Oktober 2017

Yang pecahkan PAS sehingga wujudnya PAN bukan UMNO

Tangan yang buat perpecahan PAS adalah BARISAN KOMPONEN PAKATAN*..Ini fakta bukan auta.

Jadi sahabat2 *PAS ini suatu kenyataan* yang harus diterima, soal anda nak terus *serang UMNO tiada masalah, UMNO konsisten* dalam gerak kerja insyallah.

Mengenai samada akan *ada hubungan politik antara PAS dan UMNO* itu tiada masalah, kerana UMNO konsisten senanatiasa *terbuka utk ada hubungan ataupun tiada hubungan*. Kerana apa yang pasti UMNO tetap akan terus maju kehadapan.

Pada yang keluar *UMNO masuk PAS* pun tiada masalah bagi kami, kerana seperti mana saya nyatakan sejak awal, *UMNO dalam proses pemutihan ahli duri dalam daging*.

*UMNO* dah lalui dah perkara ini sejak ditubuhkan contoh *Parti Negara, Parti Pas, Parti Semangat 46, Parti Keadilan dan terbaru Parti Bunga*...Ini semua daripada *DNA UMNO*yang tidak boleh dipadamkan dalam sejarah.

*Kami dah masak ngan statement cliche "Saya dah sedar dan taubat" lepas tu ikut road show ceramah bantai UMNO macam2 fitnah, penipuan, kejian, makian dan hasutan* kerana nak cepat dapat nama dalam PARTI BARU yang didokong dengan harapan cepat dapat jawatan dan tempat..

Jadi sebelum beria naik atas pentas pembangkang khususnya *PAS utk serang UMNO, kena perbetulkan FAKTA*....

*PAS BERPECAH KERANA PAKATAN, BUKAN UMNO*...

Jadi teruskan *penhijrahan anda ke PAS, terima kasih atas segalanya ketika dalam UMNO*...Pada rangkaian sahabat *UMNO, teruskan kehadapan, rapatkan saf dan barisan, istiqamah* dalam perjuangan kerana hanya yang *tabah dan berani* akan berjaya.

Ikhlas

*Dato Armand Azha Hj.Abu Hanifah*
UMNO Dulu, Kini dan Selamanya
26hb Okt 2017
8.30am