Khamis, 23 November 2017

Apa sudah jadi dengan KTM

GANGGUAN PERKHIDMATAN KTM BERHAD 23 NOVEMBER 2017 (KHAMIS)

Perhatian kepada semua para pengguna perkhidmatan KTM Berhad, adalah dimaklumkan berlaku kegelinciran 12 gerabak tren Kargo, perjalanan ke arah Selatan, pada jam 2.58pagi ini, di antara Stesen Bank Negara - Stesen Kuala Lumpur, km386.00.

Oleh itu, berikut adalah gangguan perkhidmatan dan status terkini operasi perkhidmatan tren KTM Berhad;

• Perkhidmatan KTM Komuter

LALUAN TANJUNG MALIM - PELABUHAN KLANG

Perkhidmatan komuter hanya beroperasi di antara laluan Stesen Tanjung Malim - Stesen Kepong dan Stesen KL Sentral - Stesen Pelabuhan Klang.

Tiada perkhidmatan di antara laluan Stesen Kepong - Stesen KL Sentral. Bas disediakan di antara laluan Stesen Segambut - Stesen KL Sentral.

LALUAN BATU CAVES - SEREMBAN - TAMPIN/PULAU SEBANG

Perkhidmatan komuter hanya beroperasi di antara laluan Stesen Batu Caves - Stesen Sentul dan Stesen KL Sentral - Seremban - Tampin/Pulau Sebang.

Bas disediakan di antara laluan Stesen Sentul - Stesen KL Sentral.

Jangkaan kelewatan perkhidmatan tren KTM Komuter bagi semua laluan adalah di antara 30 hingga 45 minit.

• Perkhidmatan ETS

LALUAN SEKTOR UTARA
(PADANG BESAR/BUTTERWORTH - IPOH - KL SENTRAL - GEMAS)

Perkhidmatan tren ETS dari Sektor Utara akan beroperasi hingga di Stesen Sungai Buloh. Para penumpang akan dibawa menggunakan perkhidmatan tren MRT dari Stesen Sungai Buloh ke Stesen KL Sentral dan meneruskan perjalanan ke Stesen Gemas menggunakan perkhidmatan tren ETS.

LALUAN SEKTOR SELATAN
(GEMAS - KL SENTRAL - IPOH - BUTTERWORTH/PADANG BESAR)

Perkhidmatan tren ETS dari Sektor Selatan akan beroperasi hingga Stesen KL Sentral. Para penumpang akan dibawa menggunakan perkhidmatan tren MRT dari Stesen KL Sentral ke Stesen Sungai Buloh dan meneruskan perjalanan ke Stesen Padang Besar, Stesen Butterworth dan Stesen Ipoh menggunakan perkhidmatan tren ETS. 

Jangkaan kelewatan perkhidmatan tren ETS bagi semua laluan adalah di antara 30 hingga 60 minit.

Kerja-kerja baikpulih sedang giat dijalankan dan dijangka mengambil tempoh masa sehingga dua (2) hingga tiga (3) hari untuk perkhidmatan kembali beroperasi seperti biasa. Sebarang perkembangan terkini, akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila layari laman twitter rasmi KTM Berhad di @ktm_berhad dan hubungi Pusat Panggilan KTM Berhad di 03-2267 1200.

KTM Berhad memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.