Benarkah Kerajaan Persekutuan memajak blog minyak dan gas di Sabah kepada Kerajaan China untuk satu pinjaman bernilai RM100b ?
Ini merupakan satu penipuan terancang terbaru oleh pihak prmbangkang terhadap kerajaan persekutuan..
Tahukah anda !...
Bahawa Suria Strategic Energy Resources merupakan sebuah syarikat milik penuh kementerian kewangan dan merupakan pemilik projek... Manakala China Petroleum Pipeline Bureau hanyalah kontraktor projek.
Jumlah pinjaman yang terlibat untuk projek ini hanyalah RM4.53b sahaja dan pinjaman tersebut dijamin oleh kerajaan persekutuan atas dasar SSER merupakan syarikat milik penuh kerajaan dan pinjaman ini tidak melibatkan sebarang pajakan kerana sudahpun dijamin oleh kerajaan Malaysia..
Adakah jaminan oleh sebuah kerjaaan yang mempunyai kekayaan tidak mencukupi untuk pinjaman yang hanya cuma bernilai RM4.53b ?
Disini jelas bahawa pembangkang itu berbohong bahawa Dato' Seri Najib Razak telak memajak blok minyak dan gas di Sabah kepada China.
Jadi mengenai hal berkaitan tanah ianya di bawah kuasa kerajaan negeri dan sekali lagi ianya membuktikan tuduhan pembangkang bahawa tiada penglibatan serta perbincangan dengan kerajaan negeri Sabah adalah tidak benar.
malah dengan projek tenaga ini ianya bakal meningkatkan ekonomi Sabah serta mencipta pekerjaan baru untuk rakyat negeri Sabah.
Jadi benarlah kata Dato' Abdul Rahman Dahlan bahawa pembangkang berbohong didalam hal ini ... "Kalau Tak Tahu Jangan Cakap"