Khamis, 2 November 2017

PAKATAN HARAPAN SEMAKIN TERANCAM



PKR MASIH MENARUH HARAPAN TINGGI KEPADA PAS


  1. Ternyata semakin hampir PRU ke 14 PAS semakin menjadi satu faktor yang tidak boleh dikesampingkan.
  2. Terkini PKR membayangkan hasrat untuk berunding dengan PAS walau mereka merupakan anggota komponan Pakatan Harapan. 
  3. PH sebelum ini telah keluarkan ketetapan tidak akan berkerjasama dengan PAS.
  4. Namun hasrat PKR itu yang diusahakan oleh Timbalan Presidennya Dato Seri Azmin Ali mendapat restu Ketua Umun mereka Dato Seri Anwar Ibrahim dari balik tabir besi Sg Buloh.
  5. Tetapi usaha itu cuba ditentang dari dalam khasnya dari kenyataan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dan SU Agungnya Saifuddin Nasution sendiri yang juga pegawai khas kepada SU Agung DAP Lim Guan Eng di Komtar.
  6. Laluan PKR ternyata sangat sukar dengan tentangan dalamannya dan dari rakan-rakan PH sendiri.
  7. Untuk itu Pesuruhjaya PAS Selangor Ust Sallehen Mukhyi sebagaimana dilapor dalam akhbar The Star hari ini mencadangkan agar PKR keluar tinggalkan PH dan sertai blok ketiga PAS iaitu Gagasan Sejahtera jika benar mahu berkerjasama dengan PAS.
  8. Suasana dalam PH akan menyukarkan inisiatif PKR itu dan ini terbukti apabila dalam laporan akhbar yang sama SU Agung DAP, Guan Eng, dengan bongkaknya menyatakan parti-parti dalam PH ( merujuk pada PKR ) jangan mimpi PAS akan sokong mereka.
  9. Kata Guan Eng lagi PAS kononnya bukannya ada cita-cita mahu menubuhkan kerajaan.
  10. Sesungguhnya yang mengakui kemampuan dan kekuatan PAS adalah Guan Eng.
  11. Agenda "Malaysian Malaysia" nya yang mahu melahirkan negara yang sekular dan liberal itu akan terbantut apabila perhatian diberi pada PAS.
  12. Guan Eng perlukan sokongan pengundi Melayu untuk merealisasikan cita-citanya menguasai Putrajaya dan seterusnya melaksanakan agenda mereka yang bakal mengancam status quo Melayu Islam dalam negara hari ini.
  13. Tanpa kuasa pun DAP berani dan terang-terang menyekat dan menghalang usaha memartabatkan Islam bayangkan jika mereka yang paling dominan di Putrajaya.
  14. Pan dan Bersatu sekadar mahu menangguk di air keruh, melukut di tepi gantang apabila DAP terbit sebagai kuasa politik baru PRU 14 nanti. Jangan letakkan harapan pada mereka.
  15. Kerana itu cadangan Ust Sallehen paling praktikal. Jika benar PKR berminat maka inilah langkah terbaik jika tidak usaha mereka bakal menjadi sia-sia.
  16. Hati-hati pada DAP dan sekutunya jika kita jujur mahu pertahankan hak serta status quo Islam Melayu.
  17. Jika tidak bersedialah menjadikan Malaysia sebagai Singapura II.- Roslan Sms



DAP BERTERUSAN MENYERANG PAS UNTUK KALIH ISU






Oleh;

Ustaz Hj Idris Hj Ahmad

Naib Presiden PAS

5/9/17


Dap jangan menjadi pencuri menjerit pencuri. Cuba meletakkan beban buruk kepada PAS yang menyebabkan pembangkang berpecah. Jangan cuba hendak baling batu sembunyi tangan. Tahun 2001 Dap yang keluar daripada Barisan Alternatif kerana tidak setuju dengan dokumen negara Islam. Waktu itu Presiden PAS Almarhum Ust Fadhil Noor dan Al Mursyidul Am Al Marhum Tuan Guru Nik Aziz, bukan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Presiden PAS ketika itu. Pemimpin yang mereka buat bebagai tuduhan dan fitnah kepada beliau. Dakwaan pemimpin Dap yang mengatakan mereka puji Almarhum Ust Fadhil dan Tuan Guru Nik Aziz hanya pembohongan sahaja. Kalau kedua-dua masih ada, pemimpin Dap tetap menentang hasrat PAS untuk menegakkan Islam. Kedua-dua Almarhum tidak boleh dicucuk hidung untuk ikut agenda Dap, mereka berdua ada prinsip dalam perjuangan Islam.

Pemimpin Dap dan Pakatan Harapan yang cuba menggambarkan PAS bersama dengan Umno. Ketika isu RUU 355, pemimpin Dap dan PH kata PAS menjadi tebusan Umno kerana bersama di dalam isu RUU 355. Dengan takdir Allah ketika isu RUU 164, Dap bermatian untuk bersama Umno dan BN untuk membolehkan 88A dipinda, dan Dap bersedia bekerjasama dengan Umno jika perlukan cukup bilang 2/3. Sifir mudah sekarang Dap dan PH sudah bersama dengan Umno BN. Kenapa Dap dan PH boleh bekerjasama dengan Umno. Kalau PAS tuduh dituduh UG, kalau mereka apa pula?. Jenis politik apa ni?. Kalau perintah negara sama macam BN atau lebih teruk lagi, kalau stail kepimpinan seperti ini.

Politik emosi dan separuh matang yang membuta tuli tuduh PAS bersama dengan Umno kerana PAS menyokong pada perkara yang menguntungkan ummah dan Islam tidak layak dibiarkan bertapak di Malaysia. PAS akan lawan siapa sahaja kalau tidak betul. PAS tidak mati dengan fitnah yang dimainkan oleh Dap kepada PAS. Kalau dengan Umno BN yang mempunyai kekuatan wang, media dan jentera kerajaan pun PAS lawan. Inikan dengan Dap dan PH yang sama-sama menjadi pembangkang. Jangan serang dan fitnah PAS, kalau serang PAS, PAS akan serang balik. PAS pun banyak modal untuk serang kalau mereka serang PAS.

Memang Dap lebih rela PAS kalah di Kelantan, kerana mereka cukup anti dengan program Islam yang Kelantan buat. Alhamdulillah, 27 tahun perintah Kelantan, MB Kelantan tidak dituduh beli rumah banglo harga di bawah pasaran. Tidak ada Exco Kelantan yang dituduh oleh SPRM kerana tidak bertindak kepada kilang haram yang mencemarkan. Datuk Mohd Yaakob meneruskan agenda TG Nik Aziz.

Kita tahu Dap ada cybertrooper yang akan serang balik PAS atas tag line Rahmatan Lil Alamin. Alasan mereka kita mana boleh kata kepada Dap, nanti hilang Islam sebagai rahmat. Pemimpin Dap tidak boleh disentuh, seolah-olah mereka seperti suci dalam debu.

Dap jangan cuba kalih isu masalah dalaman parti mereka. Beberapa Adun letak jawatan, dipecat. Adun PKR yang kritis dengan alam sekitar telah dipinggirkan. Baru perintah satu negeri sudah tunjuk taring.