Selasa, 28 November 2017

Pemindahan Peniaga Megoplex Demi Keselamatan, Keselesaaan Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid



28/11/2017 -- Pemindahan Peniaga Megoplex Demi Keselamatan, Keselesaaan:- Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid

Atas faktor keselamatan, para peniaga di pusat membeli-belah Megoplex, Ipoh akan dipindahkan ke Kompleks Silveritage Galleria (KSG) Silveritage yang terletak berhampiran. 

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid, dari segi kadar sewaan, peniaga akan menikmati kadar yang sama seperti bayaran di pusat membeli belah itu yang mana jumlah sekitar RM500 sebulan.

“Saya difahamkan sewa di Megoplex ini RM500 sebulan, di Silveritage ni sewaan RM2000 sebulan tetapi kita bagi sewa yang sama (untuk mereka berpindah).

Kita nak bagi usahawan-usahawan Melayu ini diberi kadar sewa yang sama dengan di Megoplex,” jelasnya.

Megoplex yang merupakan penempatan bangunan majoriti bumiputera telah beroperasi sejak tahun 1998, bagaimana keadaan bangunannya kini teruk dari aspek kecerian, kesihatan dan keselamatan. 

Justeru, menerusikan perancangan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), tempat itu akan ditutup sementara dan perancangan penambaikkan dan pengubahsuaian akan dikenal pasti.

“Kita akan hidupkan Silveritage dengan pelbagai aktiviti yang menarik orang datang. Jadi apabila nak memindahkan peniaga dari Megoplex ini ke Silvertage iaitu dari rumah pondok ke rumah banglo yang cantik.

Jadi saya tak faham kenapa peniaga ada masalah (untuk pindah) sedangkan sewa yang kita akan kenakan adalah sewa pondok,” ujar Datuk Mohamad Zahir lagi semasa ditemui pemberita pada sidang media di Ipoh, semalam.

Beliau mengulas segelintir tindakan para peniaga yang enggan pindah dan mengosongkan Megoplex meskipun notis telah dikeluarkan.

Pusat membeli belah itu juga tidak lagi menjadi tumpuan apabil pasaraya utamanya, Billion yang juga telah menghentikan operasinya sejak November baru-baru ini.

“Megoplex adalah salah satu pusat membeli-belah yang usang dan cuma dikunjungi apabila orang pergi ke Billion dan apabila Billion tutup.

Megoplex itu akan makin turun dari segi peniagaannya,” ujar Datuk Mohamad Zahir.