Malam tadi Cikgu Kamaruzzaman mendedahkan bahawa Tun Mahathir yang aktif semula dalam politik adalah kerana Mukhriz.
Mukhriz gagal dalam mencari tapak yang kukuh dalam Umno, 2009 tewas kepada YB Khairy Jamaluddin dalam pemilihan untuk jawatan Ketua Pemuda Umno Malaysia. Kegagalan kedua ialah gagal dalam pemilihan Naib Presiden Umno pada pemilihan 2013.
Pun begitu perdana menteri DS Najib Razak mesih memberi peluang untuk Mukhriz menjawat jawatan besar dalam pentadbiran negara. Mukhriz diberikan jawatan ketua eksekutif kerajaan negeri Kedah dengan jawatan Menteri Besar.
Mahathir berjaya dalam misinya menjatuhkan Pak Lah dalam PRU 2008, telah mengambil tindakan yang sama untuk menyerang dan menjatuhkan DS Najib sebagaimana beliau lakukan terhadap Pak Lah.
Kita masih ingat bagaimana kejamnya Mukhriz yang tidak bersimpati kepada Pak Lah dan BN yang kehilangan 4 negeri selepas Kelantan. Apa yang Mukhriz buat? Beliau mengutuskan surat mendesak Pak Lah melepaskan jawatan perdana menteri kerana hilang 5 negeri.
Kita juga tidak lupa bahawa Mahathir juga pernah mengutuskan surat kepada perdana menteri yang pertama kerana Perikatan menang tipis dalam PRU 1969 sehingga menyebabkan rusuhan 13 Mei.
Mahathir sanggup mengkhianati parti Umno demi politik anak nya.
Perkara lain ialah, Mahathir takut akan tindakan parti pembangkang seandainya Pkr dan Dap berjaya menawan Putrajaya.
Dari awal lagi pemimpin radikal parti pembangkang telah mencanangkan akan menangkap Mahathir dan memenjarakan beliau atas kesalahan 22 tahun menjadi perdana menteri.
Jadi untuk mengelakkan semua itu Mahathir terpaksa membuat pusingan U untuk bersama Pkr dan Dap Mahathir juga berpegang kepada falsafah Presiden Amerika iaitu " if you cannot convince them confuse them".
Seterus teruskan pembacaan dengan cnp di bawah.
Parti Pekerja @ Buruh Mahathir (Ppbm) seperti tulisan seorang teman, semakin hampir ke helaian lembar akhir, katup kedai dan balik semula ke reban umno.
Hubaya² Ph, ketohoran permainan Panglima Tua, terkulat-kulat di permainkan, berapa kali terkena pun masih tidak mahu belajar. Tun M bukan sekali keluar umno, tetapi tetap balik ke umno, malah umno sekarangpun adalah atas jerih beliau.
Ppbm, serata negeri bermasalah perebutan kuasa (entah kuasa apa). Seumpama sudah bersiap ke Putrajaya, ke pejabat perbendaharaan negara, utk mengambil faraid memasing. Sangkut bayang² !
Terengganu, Perak, Johor dan sekarang Neg. 9 mengalami sindrom perebutan jawatan. Seperti dimaklumi, Dato Hamidah, Ainina, Kamaruzaman dan sebahagian pemuda Ppbm samada keluar parti atau dipecat - percaya mereka telah dipermainkan.
Jauh lebih awal, Ezam dan Khairuddin telah mengambil keputusan keluar parti dan bergerak di organisasi lain.
Sudah barang tentu, mustahil T.Mahathir tidak mengetahui Armada tidak didaftarkan ke ROS sebagai sayap pemudanya. Kesengajaan terlupa ini bertambah kuat selepas September 2017, setahun selepas kelahiran Parti Pekerja & Buruh Mahathir ini masih gagal melakukan AGM. Ini memungkinkan Ppbm dibatalkan.
Sekiranya mana² pihak dapat menafikan fakta ini, haruslah lebih awal mengingatkan Tun M. terhadap perkara² teknikal tersebut. Saya lebih suka menelah, semuanya atas faktor "cari makan". Ahli Ppbm usahlah rapuh hati dengan kenyataan ini, kerana itulah hakikatnya, jika disebabkan perjuangan, berada terus di dalam umno lebih mudah mempengaruhi ahli, ataupun sertai parti pembangkang yang sedia ada, walhasil tertubuh juga Ph. Tidak perlupun mewujudkan parti baru. Semua parti selain Pas ialah parti sekular. Parti 2% sekadar parti pak sanggup.
Semua ini adalah telahan di coffee house, kenyataannya kita menunggu menjelang Pru 14. Penulis bimbang akan dua kemungkinan - samada T.M masih kuat bertahan dalam Ppbm atau masih wujudkah Ppbm. Wallahuaklam.
Bersediakah umno menerima semula soldadu² penasaran ini?
Sumber : whatapps.