Rabu, 1 November 2017

Sunting Video, Gelar ‘Pemimpin Mabuk Todi’, Perbuatan Menjengkelkan:- DSD Dr Zambry Abd Kadir



01/11/2017 -- Sunting Video, Gelar ‘Pemimpin Mabuk Todi’, Perbuatan Menjengkelkan:- DSD Dr Zambry Abd Kadir
Rakyat diharap membuat penilaian terhadap bakal wakil-wakil rakyat mereka terutama pemimpin daripada pembangkang.
Merujuk kepada isu tuduhan Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) negeri, Asmuni Awi terhadap pembayaran kepada pihak Brandlaureate, ia sama sekali jelas bermotifkan untuk membunuh karakter.
Terbaharu, Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir mengulas isu penyuntingan video yang dilakukan Asmuni dan dimuat naik ke lama sosialnya yang mana suntingan itu bertujuan untuk menyalahgunakan.
“Tidak cukup buat kenyataan-kenyataan yang berbaur fitnah dan maki hamun, mereka (PAN) juga menggunakan taktik murahan dengan menyunting video sidang akhabr saya untuk beri gambaran seolah-olah saya mengaku bahawa anugerah itu memang dibeli.
“Ini merupakan satu strategi bahan picisan politik yang dilakukan oleh mereka yang terlalu murah sifatnya termasuklah dalam siri-siri ceramah mereka untuk dijadikan satu bahan,”selar beliau.
Asmuni menuduh bahawa sebuah syarikat berkaitan Kerajaan Negeri telah membayar sejumlah wang kepada Brandlaureate untuk membolehkan Datuk Seri Diraja Dr Zambry menerima salah satu anugerahnya.
Tuduhan itu telahpun dinafikan pihak penganjur, namun kerana tidak berpuas hati, pemimpin parti serpihan PAS itu terus tampil dengan kenyataan yang mengjengkelkan.
“Yang mendukacitakan saya ialah cara yang digunakan mereka iaitu guna bahasa yang tidak beradap apabila mengatakan jawapan saya (menjawab isu bayaran) macam pemimpin mabuk minum todi! Ini pemimpin jenis apa?
“Ini ke jenis pemimpin yang rakyat nak percaya dan pakai?...“Jadi saya melihat mereka ini terlalu terdesak dan menjengkelkan.
“Mereka ini juga datang daripada politikus satu parti yang pernah merosakkan sebuah parti parti dari dalam. Mereka ini dianggap sebagai serangga perosak, seperti anai-anai yang pernah merobohkan dan ingin merobohkan sesuatu institusi,” ujar Datuk Seri Diraja Dr Zambry ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat exco di Ipoh, hari ini.
Dalam hal ini, beliau mengingatkan rakyat tidak membuat kesilapan dalam memilih para pemimpin khususnya semasa Pilihan Raya Umum (PRU) nanti.
“Saya harap pada rakyat untuk buat pernilaian kepada jenis karrakter yang ada..dalam situasi Pilihan Raya Umum nanti dia akan main (isu) pelbagai benda,”katanya lagi.