Isnin, 27 November 2017

UiTM, Tengku Adnan dan "Slow learner"


1. Dalam ucapan sebuah program, Tengku Adnan Tengku Mansor melahirkan kekecewaannya kerana anak-anak Melayu yang dibantu kerajaan suatu ketika dulu kini memaki hamun UMNO.

2. Beliau berkata lebih kurang, "Yang you orang dapat masuk universiti, yang you orang boleh masuk universiti, kalau slow leaner" pun masuk Itm, takdak! ada kala tak dapat dia punya points pun, kerajaan turunkan points.. so you can enter the university.. tak dapat universiti malaysia, kita hantar ke luar negara, balik tunjuk pandai marah kepada UMNO."

3. Keseluruhan ucapan Tengku Adnan menceritakan realiti sebenar suatu ketika dahulu.

4. Malah hari ini pun bukan semua yang masuk ke UiTM merupakan mereka yang cemerlang di peringkat sekolah? Adakah ia satu penghinaan? Tidak. ia adalah satu "reality check" kepada semua anak Melayu dan bumiputera lain, bahawa kerajaan ini membuat pelbagai usaha membantu mereka yang ketinggalan.

4. Menjadi slow learner bukan bermakna anda bodoh. Anda hanya ketinggalan di satu tahap. Bukankah orang seperti Datuk Zaini Hassan perlu berbangga dengan sumbangan kerajaan ini?

5. UiTM patut berbangga menukar anak-anak bumiputera yang ketinggalan menjadi seorang yang cemerlang. Bayangkan anak-anak Melayu yang suatu ketika dulu tidak layak masuk Universiti, setelah diambil dan diasuh oleh ITM, kini menjadi sebahagian peneraju industri. Bukankah ini satu kebanggaan kita?

6. Tidak hina menjadi "slow leaner" kerana yang akhirnya dilihat ialah pencapaian hari ini.

7. Dan Tengku Adnan pun tidak menghina mereka yang masuk ITM. Beliau hanya ingatkan bahawa Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional inilah yang menggubal polisi mengubah sebahagian anak Melayu yang dulunya "slow leaner" atau lambat cemerlang menjadi manusia yang hebat dan terbaik.

8. Jika ada orang ingin memberitahu anda bahawa mereka yang masuk di ITM sebagai golongan cerdik pandai terhebat negara dalam pencapaian akademik sekolah, saya fikir orang itu penipu atau tidak mahu mengakui realiti.

9. Ramai yang tidak suka Tengku Adnan kerana sikapnya yang kasar dan berterus terang. Namun beliau tidak menghina sesiapa. Beliau hanya orang tidak boleh bertolak ansur dengan mereka yang menghina UMNO.

10. Tengku Adnan tidak disukai oleh kelompok elit kerana beliau tidak peduli mereka ini. Hari ini beliau turut diasak oleh kumpulan elit tertentu kerana beliau mahu membina rumah mampu milik di kawasan elit. Namun Ku Nan tetaplah Ku Nan, disebalik kekurangan, beliau tetap mempertahankan agenda rakyat biasa.

11. Di bawah pentadbiran beliau, hari ini Kuala Lumpur ada rumah untuk gelandangan, ada bas sekolah percuma yang meliputi 6,500 pelajar sekolah dari keluarga dalam kelompok B40, ada bas percuma dalam bandar, ada pelbagai taman rekreasi yang melestarikan kualiti hidup rakyat.

12. Adakalanya idea beliau realistik tetapi tidak sesuai dilaksanakan, ada kalanya beliau disalahtafsir kerana cara beliau yang kasar. Saya sendiri pernah disergah beliau biarpun beliau tidak begitu mengenali saya.

13. Namun Ku Nan tetap Ku Nan. Sumbangan beliau sebagai Menteri Wilayah Persekutuan terhadap rakyat banyak tidak seharusnya menutupi kelemahan beliau bila berucap.
-Ab Jalil Backer