Isnin, 27 November 2017

DAP Adalah Punca Utama Anwar Dipecat Dari Jawatan TPM



Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao hari ini mendedahkan bahawa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat kerana angkara DAP dan bukannya pihak lain.

Dalam satu kenyataan media hari ini, beliau berkata yang memaklumkan kepada Perdana Menteri pada ketika itu, bahawa Anwar terlibat dalam liwat ialah Pemimpin DAP, Lim Kit Siang bukannya orang lain kerana dalam DAP mereka semua sudah tahu kelemahan dan keburukan Anwar.

Ramesh mengimbau pada 22 Oktober 1997, Mendiang Karpal Singh pernah mendedahkan bahawa Anwar terlibat dalam kegiatan homoseks dalam Dewan Rakyat yang turut dimaklumkan oleh Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu pada ketika itu, Datuk Zulkifli Nordin.

"Sebab itu Karpal Singh tahu serba serbi kelemahan perbuatan jahat Anwar dan ia digunakan oleh DAP untuk menamatkan karier politik Anwar pada masa itu.

"Pada waktu itu, bagi DAP, Anwar adalah penghalang utama kepada agenda memecahbelahkan bangsa di Malaysia bukannya orang lain," kata Ramesh dalam kenyataan itu.

Menurut beliau, tuduhan Anwar pada masa itu sekitar tahun 1999 bahawa jenayah liwat adalah tuduhan konspirasi pihak tertentu adalah tidak benar sama sekali.

"DAP punca Anwar Ibrahim dipecat, yang beritahu Mahathir, Anwar Ibrahim suka meliwat ialah Kit Siang," katanya.

Ramesh berkata dalam ceramah politik pada ketika itu, yang menggelarkan Anwar dengan panggilan Al-Juburi ialah Presiden PAN sekarang iaitu Mohamad Sabu. Ketika itu, beliau yang dikenali sebagai Mat Sabu adalah pemimpin dalam PAS.

"Yang malukan Anwar dengan gelaran Al-juburi ialah Mat Sabu serta DAP, yang desak Mahathir pecat Anwar ialah DAP," katanya.

Menurutnya lagi, kegagalan peguam DAP yang bela Anwar pada masa itu adalah punca Anwar dipenjarakan.

"Takkan barisan peguam hebat dari DAP antaranya Karpal dan Anwar ada belasan orang peguam tak boleh menang, pasti ada agenda jahat antara DAP dan pihak tertentu pada masa itu untuk menamatkan kerjaya politik Anwar yang mungkin orang ramai belum tahu," katanya.

Ramesh Rao Krishnan Naidu
Presiden PMSP
27 November 2017