Khamis, 9 November 2017

Undi Dap Harga Petrol Akan Murah

Sejak malam semalam viral harga RON95 akan naik 7 sen. Sepanjang minggu lepas harga minyak mentah dunia terus menunjukkan trend peningkatan daripada US$61 sehingga melebihi US$64 setong.

Peningkatan mendadak harga minyak dunia minggu ini didorong oleh berita penangkapan besar-besaran putera-putera Arab Saudi, bekas-bekas menteri, panglima tentera yang didakwa terlibat dengan rasuah. Penangkapan ini dianggap sebagai "power consolidation" oleh Putera Mahkota Saudi, Mohammad bin Salman anak kepada Raja Saudi.

Putera Mohammad bin Salman adalah penyokong kuat usaha OPEC untuk memotong pengeluaran minyak dunia untuk menstabilkan semula harga minyak. Jadi pasaran terus menjangkakan selagi harga minyak dunia tidak berada pada paras yang diingini Arab Saudi, selagi itu pemotongan pengeluaran minyak oleh OPEC dan non-OPEC akan terus berjalan.

Produk yang telah diproses MOPS95 juga meningkat seiring dengan kenaikan harga minyak mentah dunia. Tukaran matawang USD-MYR juga tidak banyak berubah walaupun kebiasaannya RInggit akan meningkat bila harga minyak dunia meningkat. Ini disebabkan jangkaan Federal Reserve akan menaikkan kadar faedah bulan depan.

Saya jangka harga RON95 akan meningkat lebih daripada 5 sen malam ini dan mungkin naik setinggi 8 sen. Jadi viral naik 7 sen memang ada betulnya tetapi bukanlah kerana Najib tetapi kerana isu geopolitik di Arab Saudi yang merupakan pengeluar minyak terbesar dunia yang mempengaruhi harga minyak sepanjang 5 hari yang lepas.

Undi Pakatan harga minyak akan turun?

Mungkin banyak penyokong pembangkang tak sedar Pakatan sendiri tidak lagi menjanjikan penurunan harga petrol secara pukal tetapi hanya untuk motor dan kenderaan di bawah 1,000 cc yang akan menerima subsidi 20 sen lebih rendah daripada harga pasaran. Dulu mereka janjikan RM1.50 seliter untuk semua, sekarang paling rendah hanya RM2.10 dan hanya untuk mereka yang membawa motor dan kereta berkuasa rendah.

Saya taknak ulas ketidakbijakan sistem dua harga yang dicadangkan pembangkang di sini, tapi cukuplah untuk saya kata bahawa sistem dua harga terdedah kepada penyalahgunaan oleh pengguna yang tidak bertanggungjawab. Subsidi bersasar untuk golongan B40 sudah lama dilaksanakan oleh kerajaan sejak 2012 dalam bentuk pindahan tunai iaitu BR1M.

Janganlah mimpi harga minyak akan lebih murah daripada RM2 sekiranya pembangkang menang pilihanraya.

p.s. Boleh lah serbu stesen minyak kalau rasa boleh jimat.

Rujukan:

Oil price rises to two-year high after Saudi Arabia purge - The Guardian: https://www.theguardian.com/…/oil-price-rises-to-two-year-h…