Rabu, 13 Disember 2017

Negara ini kita punya?

Mereka berhasrat untuk menjadikan evangelist religion sebagai agama rasmi  negara

Mana Pas, Pan dan PPBM?

Hancur sudah 


Negara Ini Kita Punya’ begitulah slogan untuk membantu calon DAP Parlimen Bentong, Wong Tack dalam mencari 400 Polling, Counting and Barung Agent (PACABA) untuk parlimen tersebut.

Slogan ‘Negara Ini Kita Punya’ membawa signifikan bahawa DAP menanam cita-cita untuk menakluk negara ini sebagaimana data Ahli Parlimen PRU 13 membuktikan DAP merupakan parti parti dominan di kalangan parti-parti pembangkang.

Walaupun strategi terakhir Pakatan Harapan (PH) menamakan pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai calon Timbalan Perdana Menteri, namun ia tidak dapat memadamkan fakta di Parlimen sebelum ini bahawa DAP memiliki 37 kerusi; PKR (29), Amanah (6) dan PPBM hanya satu kerusi sahaja.

Mengulas isu yang sama, Puteri Sachi II merumuskan bahawa pada PRU 14, satu undi untuk Pakatan Harapan bermakna satu undi ke arah memperkasakan DAP ke arah menubuhkan Negara Republik.

Hasrat DAP menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Republik pernah diakui oleh Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang sendiri.

Kit Siang yang juga Ketua Ahli Parlimen DAP berkata negara Republik Indonesia yang berasaskan prinsip Pancasila jauh lebih baik daripada Malaysia yang mengamalkan sistem demokrasi Raja Berpelembagaan.