Rabu, 13 Disember 2017

Rafizi Ramli adalah parasit yang perlu dihapuskan

Naib Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan, Datuk Abdul Mutalif Abdul Rahim berkata, Rafizi Ramli boleh diibaratkan seperti parasit yang harus dihindari kerana ia membawa sejuta malapetaka.

Jelas beliau, sekiranya Naib Presiden PKR ini diletakkan di Hospital Tanjong Rambutanpun, pesakit mental di situ akan lari kerana dia 'lebih gila dari orang gila'.

"Semua orang sudah tahu siapa Rafizi ini… Dari dulu sehingga sekarang kerja dia hanya berbohong. Apa yang kerajaan buat semua tidak bagus dan tidak akan bagus. Bagi dia, hanya satu iaitu 'do or die'.

"Bukan tidak ada contoh, lihat bagaimana dia menfitnah Tabung Haji sehingga ramai yang terpedaya keluarkan duit. Tapi penghujungnya, Rafizi adalah antara individu penerima dividen tertinggi. Sudah tahu dia penipu, yang orang pergi percaya buat apa…," ujar beliau kepada UMNO-Online.

Justeru, beliau meminta agar rakyat negara ini membuka minda seluas-luasnya agar dapat menilai 'penyakit' Rafizi yang sudah tidak boleh diubati lagi ini.

"Rakyat kena sedar bahawa orang seperti Rafizi ini mampu menjatuhkan sebuah negara. Oleh itu, kita jangan sesekali mempercayai dia kerana telah banyak kali terbukti dia memang penipu, putar belit dan kaki belit.

"Kalau masih ada orang yang mempercayai Rafizi, saya tidak tahu mahu cakap apa lagi…

"Nasihat saya pada Rafizi, sudah-sudahlah… belajarlah memahami erti dan maksud taubat. Takutlah kepada Allah," tegas beliau.

Baru-baru ini, Rafizi dibidas kerana berbohong apabila cuba mengaitkan kononnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan melantik abangnya sendiri sebagai kontraktor pelaksana Expo NegaraKu.

Di bawah adalah senarai 24 fitnah Rafizi Ramli;
1. Fitnah cincin isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Rafizi memberi alasan semasa perbicaraan saman fitnah di mahkamah kenyataan tersebut adalah seloroh dan gurauan.

2. Fitnah mengenai dakwaan terdapat permintaan untuk seks dan wang dari pihak-pihak tertentu dalam urusan yang melibatkan kerajaan Selangor. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tiada bukti terhadap tuduhan itu.

3. Fitnah ke atas Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail, Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) dan NFCorp tentang pembelian hartanah di KL Eco City, Bangsar. Rafizi telah diperintah oleh Mahkamah Tinggi untuk membayar ganti rugi RM200,000.

Baca sini : http://novandri.blogspot.com/2016/11/selepas-dihukum-rm200000-rafizi-pkr.html

4. Fitnah ke atas Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terlibat urusniaga Boustead Holdings Berhad tentang pembayaran bernilai RM160 juta. Rafizi tarik balik tuduhan sebagai penyelesaian luar mahkamah.

5. Fitnah dan putar belit tentang isu GST.

Baca sini : http://tunfaisal.blogspot.my/2014/06/gst-siri-6-jom-dedah-pembohongan-rafizi.html

6. Fitnah Tabung Haji akan rugi RM933 juta. Akibat fitnah itu, seramai 3,954 pendeposit Tabung Haji menutup akaun mereka. Tetapi Rafizi sendiri masih tidak tutup akaunnya dalam Tabung Haji dan turut menerima dividennya.

7. Fitnah ke atas Tan Sri Khalid Ibrahim menerusi 'Langkah Kajang' dalam usaha menjadikan Datuk Seri Anwar sebagai Menteri Besar Selangor. Perkara berkenaan dibawa ke mahkamah, terbukti bahawa segala dakwaan PKR, Rafizi dan Saifuddin adalah fitnah.

8. Fitnah semasa himpunan haram Blackout PRU13, Rafizi mengaku bersalah menganjur perhimpunan blackout di Padang Merbok tanpa persetujuan daripada pemilik padang. Rafizi juga gagal mengemukakan bukti mengenai blackout semasa PRU13, terutamanya dakwaan pengundi hantu dan Bangladesh seperti yang didakwa.

9. Fitnah UMNO serang gereja menggunakan Molotov. Rafizi gagal kemuka bukti di mahkamah dan dijatuhi hukuman denda RM1,800.

10. Fitnah kerajaan beli BMW 7series. Rafizi membuat tuduhan kononnya kerajaan membeli kereta BMW untuk kegunaan, ia bagaimanapun dinafikan syarikat BMW sendiri dan tiada permohonan maaf daripada beliau.

11. Fitnah kononnya yuran konsultan oleh MMC Gamuda kepada MRT sebanyak RM7 bilion. MMC Gamuda menjelaskan yang bayarannya sebagai rakan kongsi penyediaan projek (PDP) untuk projek Transit Aliran Ringan 1 (MRT 1) dianggarkan RM750 juta. Rafizi tidak meneruskan fitnahnya dan tidak lagi dimainkan isu ini.

12. Fitnah kerajaan akan menanggung kos berjumlah RM8.2 bilion bagi projek pembinaan hospital UiTM di kampus Puncak Alam. Padahal, kos sebenar hanyalah RM559 juta. UiTM mengeluarkan kenyataan amat terkilan dengan maklumat tidak tepat dan disensasikan oleh Rafizi.

13. Fitnah Tabung Haji memberi jaminan korporat kepada syarikat sekutu, TH Heavy Engineering Bhd (THHE). Lembaga Tabung Haji menafikan tuduhan itu dan membuat laporan polis.

14. Fitnah FELDA mengambil hutang bagi membiayai Bonus Insentif Produktiviti Peneroka (BIPP). FELDA menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan menegaskan FELDA mempunyai keupayaan kewangan dan kemampuan sumber dalaman untuk membayar bonus itu kepada warga FELDA dan dakwaan Rafizi Ramli adalah tidak berasas sama sekali.

15. Fitnah PAS menerima rasuah RM90 juta dari 1MDB. Hadi Awang menafikannya dan mengatakan ianya satu tuduhan yang bohong 300 peratus. Beliau menyarankan agar Rafizi untuk segera bertaubat meminta keampunan di atas dosa menyebarkan fitnah. Bekas Timbalan Presiden PAS, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa juga menafikan dakwaan itu.

16. Fitnah kerajaan menggunakan khidmat Florence Goh iaitu bekas Pelobi Presiden Amerika untuk melobi kepentingan negara. Florence Goh tampil menafikannya dan menganggap Rafizii seorang yang cuai sehingga menjadikan dirinya dan syarikat beliau sebagai mangsa fitnah.

17. Fitnah pejabat Perdana Menteri mempunyai perhubungan dengan 45 group atau dengan pemilik syarikat Baumgardner-Nardone. Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad telah menafikan fitnah itu.

18. Fitnah Hakim Syariah terlibat dalam gejala rasuah. Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan, Datuk Mahammad Ibrahim membuat laporan polis berhubung kenyataan itu.

19. Fitnah mendakwa Pengerusi Yayasan Al-Abrar menerima RM5 juta menerusi akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang secara tidak langsung mengaitkan Datuk Syed Mehdar Syed Abdullah sebagai pengerusi yayasan tersebut. Syed Mehdar menggesa Rafizi untuk tampil memohon maaf secara terbuka kepada beliau bagi membersihkan namanya susulan dakwaan dan laporan salah yang dikeluarkan.

20. Fitnah Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Omar dan Pengerusi SPR Tan Sri Aziz Yusof ada hubungan rapat dengan syarikat pembekal dakwat kekal yang digunakan semasa pilihan raya umum ke 13. Wan Ahmad menafikannya dan berharap Rafizi terima akibat kerana buat fitnah pada bulan puasa

21. Fitnah bertujuan memusnahkan reputasi baik dan kredibiliti Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) berhubung pembayaran gratuiti kepada pencarum LTAT. LTAT telah memulakan tindakan undang-undang terhadap Rafizi Ramli.

22. Fitnah Majlis Amanah Rakyat (Mara) mengurangkan elaun pelajar Institut Kemahiran Mara (IKM) daripada RM250 kepada RM125. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikannya dan menegaskan Mara tiada melakukan sebarang pengurangan bayaran elaun bulanan kepada pelajar di institut pengajiannya di seluruh negara dan semua elaun pelajar dikekalkan pada kadar sedia ada.

23. Fitnah projek MRT ini akan melonjak kepada RM100 bilion 'bersumberkan maklumat dari SPAD'. Ternyata bahawa projek itu hanya berbelanja sebanyak RM21 billion sahaja.

24. Fitnah ke atas Najib Razak telah mengumumkan projek MRT berharga RM21 billion ialah untuk 21km bersamaan dengan kos RM1 billion satu km. Padahal nilai itu adalah untuk keseluruhan pakej Fasa 1 dan 2 MRT1 berjarak 51km. – MediaUMNO