Selasa, 12 Disember 2017

Rafizi Oh Rafizi, Awat , Hang Gila Kah ?




"Saya sudah memeriksa dan mengesahkan yang ia bukan abangnya - maklumat itu tidak betul," - Rafizi.

Rafizi Ramli Naib Presiden PKR akhirnya mengaku memfitnah Datuk Seri Rahman Dahlan selepas sidang medianya mengenai abang kepada menteri yang didedahkan hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Rahman Dahlan dalam sidang medianya jam 5.00 petang di Tapak Expo NegaraKu bersama Raslan Dahlan akan menyaman Rafizi Ramli berhubung fitnah terbaru Rafizi Ramli itu.

Beliau terdahulu mendakwa EPU, sebuah unit dalam Jabatan Perdana Menteri di bawah Rahman, memberikan kontrak bernilai jutaan ringit menganjurkan expo kepada sebuah syarikat pengurusan acara, Pico Intergrated Exhibits (M) Sdn Bhd, yang mana ketua pegawai eksekutifnya Rasan Dahlan didakwa adalah abang kepada Rahman.

Malu dengan fitnah dan kesilapan itu Rafizi berkata dia tak akan berhenti untuk mendedahkan mengenai Expo NegaraKu ini.

======================================

Saya simpati sebenarnya kepada MP Pandan yang kuat di'troll' oleh netizen akibat kesilapan menilai fakta berhubung hubungan di antara  Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dan Noor Raslan Md Dahlan.

Barangkali keghairahan untuk dijulang sebagai wira menyebabkannya tergopoh gapah dan bertunjang kepada satu fakta yang kononnya telah disiasat berminggu-minggu mendorongya dengan penuh yakin membuat pendedahan yang akhirnya disahkan sebagai palsu.

Inilah dia orangnya yang datang ke Kelantan tahun lepas dan berjanji untuk mendedahkan skandal balak Kelantan kononnya membabitkan PAS dalam masa beberapa minggu, namun sampai ke hari ini, setelah hampir setahun, tidak kelihatan kelibat pendedahan tersebut.

Inilah orangnya, yang kononnya berjanji membuat pendedahan berhubung wang RM90 juta disalurkan kepada pemimpin PAS (kemudiannya bertukar kepada orang yang rapat dengan PAS), namun akhirnya pendedahan itu hanya membabitkan BEKAS pemimpin PAS yang sudah tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan pembuat keputusan di dalam PAS.

Hairan juga, apa sebenarnya yang ada dalam kepala si tukang fitnah. Anda ingin jatuhkan UMNO dan Barisan Nasional, ya silakan. Jangan pula mengheret PAS untuk turut menjadi musuh.

Di Kelantan ada juga spesis seperti ini. Menjadi tukang fitnah dan kemudiannya dijulang-julang oleh penggemar mereka. Menipu dan berbohong sudah menjadi amalan tanpa berkerut kening.

Ust Ahmad Fadhli