Tidak habis habis hendak menghina orang. Itulah sahaja bahan yang ada pada pembangkang sekarang. Mahfuz hina Sultan Pahang. Mukhriz hina ibadah umrah Datuk Seri Najib. Mahathir hina orang Bugis, hina orang dapat BR1M, hina orang pergi haji 1MDB dan terbaru hina pula orang jual nasil lemak dan pandu Grab.
Kenapa hendak buat semua penghinaan sebegini? DAP yang penuh dengan skandal dan penyelewengan di Pulau Pinang tidak pula dihina oleh Mahathir. DAP yang sebabkan 11 orang mati kerana tanah runtuh, banjir sampai lebih seratus kali, gadai tanah berbillion billion dan seleweng RM305 duit kajian terowong, sudah jadi suci di mata Mahathir.
Mahathir kini sedang jadi “screw” DAP untuk dapatkan undi Melayu. Terpaksa pula hina orang jual nasi lemak dan pandu Grab. Boleh dapat undikah dengan hina orang jual nasi lemak dan bawa Grab?
Mahathir berkata kewujudan lepasan universiti yang terpaksa menjual nasi lemak, menjadi pemandu Uber dan seumpamanya adalah petanda kegagalan kerajaan di negara ini.
"Bukannya kita nak latih mereka nak jadi pemandu Uber dan penjual nasi lemak” Mahathir berkata demikian dalam programPolicy Talk dan disiarkan secara langsung melalui Facebooknya semalam.
Mahathir kata kewujudan orang jual nasi lemak dan pandu Grab ini gambarkan keadaan sebuah negara yang memalukan kerana ada graduan terpaksa berniaga sebegitu rupa.
Cuba lihat fakta ini, apakah kerjaya pemandu Grab itu gambarkan keadaan sesebuah negara itu teruk seperti yang didakwa Mahathir?
Grab dilancarkan pada 2011, kini sudah 11 juta orang menggunakan Grab di 6 negara di Asia Tenggara. Pemandu Grab ada 2 juta orang. Sejumlah 5.1 juta orang menempah Grab secara purata sebulan. 142 bandar di Asia Tenggara gunakan Grab. Di Indonesia sahaja, 50 bandar gunakan Grab. Kini nilai perniagaan Grab adalah USD$ 6 billion. Ini satu perniagaan yang merugikan kata Mahathir?
Bagaimana pula dengan Uber? Uber ada di 83 buah negara dan 674 bandar seluruh dunia. Di Amerika Syarikat terdapat 160,000 pemandu Uber, purata pendapatan mereka USD$364 sebulan atau kira kira RM1,456. Di United Kingdom ada 40,000 pemandu Uber dan sejumlah 3.5 juta pengguna Uber di UK. Nilai Uber sekarang adalah USD$69 billion. Ini satu perniagaan yang tidak baik kata Mahathir?
Kalau begitu di Singapura, Indonesia dan Vietnam pun ada Grab juga, bermakna negara di sana pun tidak bagus dan teruk, kalau ikut kata Mahathir lah. Begitu juga di Amerika Syarikat dan United Kingdom, di dua negara ini pun tidak bagus kerana berpuluh ribu orang menjadi pemandu Uber di sana.
Jauh beza jual nasi lemak zaman sekarang dengan zaman Mahathir dulu. Pada Oktober 2016, seorang graduan Kejuruteraan Elektronik Perubatan dari Universiti Tun Hussein Onn (UiTHO) berjaya mendapat pendapatan tinggi dengan berniaga nasi lemak dan mencetuskan fenomena di Malaysia.
Itulah pengusaha Nasi Lemak Anak Dara, Siti Hajjar Ahmad yang mula berniaga nasi lemak sejak Jun 2016 sementara menunggu pekerjaan. Bagaimanapun, pendapatan yang ditawarkan dari pekerjaan yang ditawarkan lebih kecil dari hasil dia berniaga. Dia enggan mendedahkan pendapatan bulanannya tapi hasil jual nasi lemaknya sudah tentu lebih tinggi dari gaji yang ditawarkan sebagai jurutera iaitu RM2,000.
Apa masalahnya kepada Mahathir kalau graduan menjadi pemandu Uber dan jual nasi lemak? Seorang pengguna Facebook, Hilmy Shamshur Abdul Rahim berkata menjual nasi lemak dan memandu perkhidmatan e-hailing adalah satu bentuk pendedahan untuk menimba pengalaman.
"Sejak dulu kita faham bahawa segulung ijazah dari institut pendidikan tinggi tidak akan menjamin pekerjaan. Ingat zaman Tun M jadi PM dulu senang dapat kerja ke?," katanya.
Bukan semua graduan gagal, malahan kira-kira 183,433 orang pencari kerja di negara ini berjaya mendapat pekerjaan sepanjang tahun 2017. Daripada jumlah berkenaan seramai 57,320 orang atau 31 peratus pencari kerja itu merupakan siswazah dan 126,113 atau 69 peratus bukan siswazah.
Seramai 57,366 pencari kerja berkenaan berjaya dipadankan dengan pekerjaan yang ditawarkan majikan untuk ditempatkan dalam pekerjaan dalam tempoh kurang daripada sebulan melalui pelbagai program kerjaya yang dianjurkan sebuah agensi iaitu JobsMalaysia.
Seorang penjawat awam bernama Onwi Haji Harun berkongsi slip gajinya ketika zaman Mahathir, pada tahun 1991. Gaji pokok hanya RM1,115.00 selepas 15 tahun berkhidmat. Selepas itu dapat pula gaji separuh kerana sambung belajar, sebanyak RM557.50 sahaja sebulan.
Dipotong lagi cukai pendapatan sebanyak RM36. Tinggallah gaji bersih RM46.53 sahaja. Zaman Najib tidak berlaku baki gaji tinggal serendah itu. Kalau ada sudah lama slip gaji itu masuk dalam Facebook dan media sosial. Ianya hanya berlaku zaman Mahathir sahaja.
Sekarang ini gaji permulaan buat seorang guru siswazah campur elaun dan berbagai lagi bayaran sudah lebih RM3,300 sebulan. Jauh berbeza dengan zaman Mahathir dulu. Kalau cikgu ini hendak dapat duit lebih, malam malam boleh bawa Grab lagi. Dapatlah lagi duit saku untuk belanja.
Jangan kita hina orang jual nasi lemak. Di Paris pun ada jual nasi lemak, namanya nasi lemak Paris, sebungkus nilainya 10 euro (RM48). Di United Kingdom pun ada nasi lemak Liverpool, harganya £5.50 sepinggan (RM29.70). Nasi lemak Malaysia sudah bertaraf antarabangsa. Lekeh sangatkah orang jual nasi lemak?
Mahathir sahaja kata lekeh. Tidak samalah dengan anak Mahathir, anak anak dia tidak jual nasi lemak dan pandu Grab tetapi sudah jadi jutawan di Malaysia. Marina ada 52 syarikat, aset RM80 juta. Mirzan ada 156 syarikat, aset RM780 juta, Mokhzani ada 255 syarikat, aset RM3 billion dan Mukhriz ada 128 syarikat, aset RM540 juta.
Bila sudah kaya dan jutawan, janganlah hina orang yang mencari rezeki yang halal dengan menjual nasi lemak dan pandu Grab.
Tulisan :
Beruang Biru
BB744, Khamis
18 Januari 2018