Berikut adalah coretan menarik daripada seorang yang memihak kepada Pas. Penulisan yang menempelak Mahathir mohamad.
Apabila madet bersoal siapa PM pilihan PAS...aku rasa mmg sah dah yg madet ni dah mula dijangkiti penyakit yg selalu menimpa golongan seusianya....
Mana tidaknya....sebelumnya Tuan Guru Presiden PAS telah menyatakan bahawa tiada penamaan calon PM oleh PAS...antara sebabnya iaitu ia tidak bersesuaian dgn adab Islam...
Kesungguhan PAS utk menang PRU bukan utk menjadikan sesiapa sebagai PM....tetapi utk mengambil alih kuasa, merubah sistem dan amalan pentadbiran sedia ada...soal siapa yang bakal dilantik sebagai PM adalah satu isu yg tidak berbangkit sama sekali sebab pertandingan pilihanraya di Malaysia bukan pertandingan memilih Presiden negara spt berlaku di kebanyakan negara spt Indonesia, Amerika dan negara2 Eropah...
Pilihanraya di Malaysia adalah utk memilih blok pentadbir yang bakal membentuk kerajaan....bukan pilihanraya memilih Presiden atau PM....kalau PM sehebat madet dan najib sekalipun, harta benda rakyat tak selamat....apa untungnya???...
PAS menguruskan kerajaan sebagaimana ditunjukkan di Kelantan selama hampir 28 tahun, di Terengganu dan Kedah sebelum ini adalah secara pengurusan berjama'ah....tiada pemusatan kuasa mutlak kpd seorang ketua selagi sistem khalifah tidak kembali tertegak....
Oleh yg demikian, fokus PAS adalah menang pilihanraya terlebih dahulu....soal siapa pun PM, ia sudah semestinya dari PAS... kerana siapa jua PM yang bakal dilantik oleh PAS sama sekali tidak akan mempunyai kuasa tidak terbatas sebagaimana yg diamalkan oleh madet sepanjang 22 tahun mentadbir dan najib sebagai penyambung legasi umno be end sehingga hari ini....
Alfaqir Ilallah Ppk
1 Jamadilawal 1439H