Projek Terowong bawah laut di Pulau Pinang nampaknya masih panas, kepanasan semakin hari semakin panas.
Setakat hari ini 76 individu telah memberi kenyataan kepada SPRM dan dijangka lebih ramai saksi .
akan dipanggil
Menurut Datuk Seri Azam Baki beliau tidak menolak kemungkinan akan ada tangkapan yang akan dibuat tidak lama lagi, tetapi tidak menyebut nama-nama individu terlibat.
Justeru beberapa ahli politik kini berada dalam radar SPRM. Pakatan Harapan kini terutama Mahathir Mohamad menjadi bisu sebisunya dalam kes skandal terowong yang dianggap termahal dalam sejarah kejuruteraan awam.
Apa kah Tun Mahathir malu untuk mengkritik kes salah guna kuasa oleh ketua menteri Pulau Pinang? Mahathir lupa atau tidak tahu?
Jika demikian sikap Mahathir ia mengesahkan Mahathir ada masalah otak kerana ada perkara yang dia ingat dan ada perkara tidak.
Atau sememangnya Mahathir seorang Hipokrit kerana menyembunyikan bangkai yang terang-terang busuk tetapi masih mereka cipta fitnah berdasarkan fakta salah daripada Sarawak Report.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil lebih ramai saksi baharu bagi membantu siasatan berhubung projek terowong dasar laut di Pulau Pinang yang bernilai RM15 bilion.
Timbalan Ketua Pesuruhajaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, pihaknya juga tidak menolak, akan ada lebih banyak tangkapan dilakukan selepas ini.
"Siasatan masih berjalan dan sehingga hari ini kita telah merakam keterangan seramai 76 saksi. Saya jangka lebih ramai saksi baharu akan dipanggil.
"Saya juga tidak menolak akan ada lagi tangkapan akan dibuat, cuma saya tidak boleh dedahkan bila dan siapa individu berkenaan," katanya ketika ditemui selepas Majlis Paluan Berundur bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) Datuk Seri Mohd Jamidan Abdullah.
Mohd Jamidan bersara wajib sebagai penjawat awam pada usia 60 tahun selepas berkhidmat di Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan SPRM selama 35 tahun.
Sementara itu, Datuk Jaafar Mahad dilantik sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) yang baharu menggantikan Mohd Jamidan berkuatkuasa, hari ini.
Jaafar telah berkhidmat bersama BPR dan SPRM selama 34 tahun, merupakan Ketua Pegawai Integriti di Petrolium Nasional Berhad (Petronas).
Menurut Azam, SPRM juga enggan membuat sebarang spekulasi mengenai penglibatan ahli politik dalam projek terowong dasar laut sehingga siasatan dijalankan.
"Sesiapa sahaja yang terlibat menerima rasuah kita akan siasat termasuk ahli politik. Kita akan melihat semua sudut termasuk laporan media. Kita akan siasat kerana bukan semua maklumat itu benar." katanya.
Laporan media sebelum ini, SPRM menyerbu beberapa pejabat kerajaan di Komtar dan syarikat berkaitan projek itu, susulan laporan Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan pada 17 Julai 2017 dan 5 Januari lalu.
SPRM turut berkunjung ke beberapa lokasi di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur untuk mengambil dokumen bagi membantu siasatan dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan berhubung projek itu.
Projek terowong dasar laut sepanjang 7.2km itu menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai dan 3 jalan utama, dianugerahkan kepada Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd yang dijadualkan bermula 2023.
Projek itu adalah sebahagian Pelan Induk Pengangkutan (PIP) kerajaan Pulau Pinang bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas.
Dalam perkembangan berasingan, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara (JITN) dan memastikan tugas dan tanggungjawab SPRM tidak terjejas.
"SPRM akan pastikan agensi kerajaan mempunyai pengurusan dan tadbir urus yang baik dan bersih dari gejala rasuah," katanya.