Jumaat, 26 Januari 2018

Skandal Bilion Ringgit : Lebih Banyak Lagi Terbongkar !

Thursday, January 25, 2018



Kita tentu terkejut dengan kenyataan Timbalan Ketua menteri Pulau Pinang tentang skandal mega terowong bilion ringgit wang rakyat.



Beliau mendakwa,

I don't think the Penang state secretary said that the CRCC holds equity in the SPV. (Saya tidak fikir Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengatakan ahawa CRCC memegang ekuiti dalam SPV).

Adalah amat memalukan apabila seseorang yang berjawatan tinggi dalam kerajaan DAP tidak tahu tentang kenyataan akhbar bersama Setiausaha kerajaan DAP Pulau Pinang dan pegawai kewangan Pulau Pinang pada 4 Mac 201e.

Dan kenyataan akhbar tersebut disiarkan di dalam facebook Buletin Mutiara, lidah rasmi kerajaan DAP.

Di antaranya, 

Setiausaha kerajaan negeri telah mengumumkan bahawa,
Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd adalah sebuah special purpose vehicle (SPV) yang merupakan konsortium usahasama di antara syarikat kontraktor berpakaran dengan pemaju seperti berikut: 

Construction Sdn Bhd bersama China Railway Construction Corporation Ltd (CRCC) sebanyak 70% ekuiti dengan modal berbayar sebanyak RM 3.5 juta dan RM 4 bilion masing-masing; 

Beijing Urban Construction Group 10% ekuiti dengan modal berbayar sebanyak RM 541 juta; 

Sri Tinggi Sdn Bhd 10% ekuiti dengan modal berbayar sebanyak RM 3.7 juta; 

Juteras Sdn Bhd 10% ekuiti dengan modal berbayar sebanyak RM 1 juta.

Malah, surat niat atau "letter of intent" telah dikeluarkan kepada Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd pada 6 Februari 2013 dan kesemua pemilik saham secara berasingan juga menandatangani surat penerimaan.

Setiausaha kerajaan negeri juga menjelaskan bahawa bukan hanya sepucuk surat penerimaan tetapi terdapat 4 lagi (5 kesemuanya) surat penerimaan untuk memastikan ia dijalankan oleh syarikat induk masing-masing dan bukannya hanya dengan Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd.

Di sini jelas bahawa CRCC bersama Zenith Construction memegang ekuiti sebanyak 70% dan CRCC telah menandatangi surat penerimaan tersebut.

Penulis menyarankan kepada P. Ramasamy supaya buat homework dan fahamkan dahulu keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan DAP supaya tidak tangkap muat sahaja, semata-mata mahu menegak benang yang basah.

Dalam masa yang sama, kita juga musykil dengan kenyataan bola tanggung Ramasamy. Apakah ianya untuk mengalih perhatian rakyat daripada Lim Guan Eng dan betapa korupnya DAP?

Beginilah...

Di antara kriteria kerajaan DAP ialah meletakkan modal berbayar minima RM381 juta untuk mana-mana syarikat yang ingin merebut tender RM6.3 bilion tersebut.

Jika CRCC (nilai RM4 bilion) tidak termasuk dalam konsortium yang 'menang' tender tersebut, total modal berbayar konsortium tersebut hanya RM549.2 juta bukan RM4549.2 seperti yang dinyatakan oleh kerajaan DAP.

Manakala total modal berbayar konsortium tersebut berkurangan lagi menjadi hanya RM8.2 juta sahaja apabila Beijing Urban Construction Group (nilai RM541 juta) dibuang keluar daripada konsortium tersebut.

Logiknya, mana mungkin satu konsortium yang mempunyai modal berbayar sebanyak hanya RM8.2 juta masih boleh dikategorikan sebagai memenuhi kriteria modal berbayar minima RM381 juta seperti yang ditetapkan oleh kerajaan DAP? 

RM8.2 juta sebagai modal berbayar untuk 4 projek mega bernilai RM6,300 juta?

Ironinya, nilai-nilai ringgit ini cuba disembunyikan oleh portal pembangkang MalaysiaKini di dalam artikel mereka yang cuba membela Lim Guan Eng dan kerajaan DAP.

Lebih mengejutkan apabila kerajaan DAP begitu 'bermurah hati' dengan mendahulukan wang rakyat sebanyak RM4.9 juta bagi pihak konsortium untuk bayar konsultasi DEIA.

Normally, the developer will appoint its own consultant to prepare the DEIA report. The state government, following a request by Penang Forum, agreed to appoint an independent consultant to draft the DEIA report for three major roads and the undersea tunnel, with the amount paid by the state government to be reimbursed by Consortium Zenith BUCG, in cash. 

There is no mention of the DEIA cost in the preliminary agreement, but PAC recorded it as RM4.9 million.

Persoalannya,

1. Kenapa kerajaan DAP yang perlu mendahulukan wang RM4.9 juta sedangkan konsortium itu sendiri yang patut mencari konsultan DEIA dan membayarnya dengan wang mereka sendiri? 

2. Apakah disebabkan modal berbayar konsortium SPV yang tidak cukup untuk menampung harga konsultasi tersebut? 

3. Jika benar, bagaimanakah konsortium SPV mahu memulakan satu projek mega yang memerlukan ratus jutaan modal untuk melaksanakannya? 

4. Takkan mahu ditunggu untung projek pembangunan tanah barulah konsortium itu dapat bergerak?

Kita tunggu jawapan Ramasamy & kerajaan DAP, itu pun jika mereka berani jawab.


Sumber