Jumaat, 26 Januari 2018

UndiRosak : Kami Tak Mahu Mahathir



1. *Kami tidak mahu Tun Dr Mahathir Mohamad* - inilah kesimpulan yang kita faham dengan pandangan beberapa panel dalam forum _"Undi Rosak: Kau Nak Apa Sebenarnya?"_ malam tadi. Media melaporkan kenyataan aktivis menyokong kempen supaya orang ramai merosakkan undi pada PRU14 nanti. Gerakan itu juga semakin mendapat tempat dalam kalangan orang muda.

2. Hashtag *#UndiRosak* digunakan oleh penyokong kempen itu di media sosial, antara lain kerana mereka tidak berpuas hati dengan gabungan pembangkang yang mencalonkan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri.

Ada 3 perkara yang kita boleh teliti:

i. Kita percaya pihak di belakang *#UndiRosak* dan penyokong mereka sudah pasti akan berasa tercabar dan akan berusaha lebih keras apabila individu yang mereka tolak itu seperti telah memperkecilkan kempen mereka.

ii. Bagi Dr Mahathir, mereka yang menyokong kempen *#UndiRosak* itu tiada signifikan, tidak berpengaruh dan terdiri daripada pengundi muda yang tidak berpengalaman.

iii. Malah tuduhan yang mendakwa pihak di belakang penyokong *#UndiRosak* adalah UMNO/BN sudah pasti akan mendatangkan marah kepada penyokong kempen tersebut.

3. Realitinya, mereka adalah 'keyboard warriors' pro-pembangkang tegar yang dikenali oleh pemimpin pembangkang. Mereka terdiri daripada aktivis, ahli parti politik, bekas ahli parti, penulis blog yang pernah berkempen sama ada menulis, melukis, mahupun menjalankan siri ceramah bersama Pakatan Rakyat sebelum ini.

4. Malah, mereka juga terdiri daripada komuniti Cina. Kebanyakan kekecewaan itu juga disasarkan kepada DAP dan kepimpinan Lim Guan Eng di Pulau Pinang yang dianggap angkuh. Wakil rakyat DAP sendiri yang pro-rakyat diketepikan. Belum lagi isu kilang haram yang amat jelas, kerajaan DAP terlalu menyebelahi tauke besar, bukan rakyat, kata mereka.

5. 'Wakil rakyat DAP diketepikan', Teh Yee Cheu, ADUN parti DAP sendiri dizalimi oleh kerajaan DAP negeri! Bukan sahaja RM200,000 peruntukan kawasan DUN dibekukan,  kerajaan DAP telah mengeluarkan surat tamat kerja kepada 5 pembantunya.

6. Tindakan zalim kerajaan DAP itu berkemungkinan disebabkan tindakan ADUN DAP itu yang mempersoalkan beberapa polisi kerajaan DAP yang tidak pro-rakyat tetapi mesra pemaju. Jika begitu sikap kuku besi dan tiada keterbukaan dalam kerajaan DAP negeri, mungkin lebih ramai lagi pihak terutamanya komuniti Cina yang akan menyokong kempen *#UndiRosak*.

7. Kempen *#UndiRosak* ini benar-benar telah menekan Pakatan Pembangkang terutamanya parti DAP. Parti cauvinis itu bukan sahaja berdepan dengan skandal mega terowong dasar laut dan skandal banglo terlajak murah Lim Guan Eng, mereka juga berdepan dengan pengundi-pengundi yang sudah bosan dan tidak percaya lagi dengan parti tersebut.