Jumaat, 19 Januari 2018

Tanah FELDA : Pembangkang Dibidas Cuba Cetuskan Drama Provokasi

AKTIVIS FELDA







JOHOR BAHRU, 18 Jan – Penyelidik Persatuan Pemikir Muda Johor, Dhia Hani hari ini melahirkan rasa tidak faham kenapa pembangkang masih tidak boleh hadam dan terima hakikat yang kini tanah hak milik FELDA di Jalan Semarak telah dikembalikan semula kepada agensi tersebut.

Bidasnya, pembangkang terus-terusan mengeruhkan keadaan dengan membuat pelbagai spekulasi dan provokasi yang menyatakan ada ‘cerita’ di sebalik penyerahan semula 16 keping hak milik tanah FELDA oleh Synergy Promenade Sdn Bhd.

“Mereka tidak berhak mempertingkaikan keputusan Synergy Promenade Sdn Bhd untuk memulangkan semula tanah tersebut, malah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri telah menegaskan bahawa audit forensik dan siasatan polis berhubung isu tanah FELDA akan diteruskan.

“Ada baiknya, jika mereka hanya duduk diam dan menunggu laporan selanjutnya dari pihak yang terlibat. Bukannya beriya-iya cuba untuk menjadi hero dalam menangani isu ini..

“Jadi saya menyeru kepada pembangkang untuk menghentikan segala provokasi ini kerana ia akan menimbulkan api kebencian rakyat terhadap parti tersebut untuk kesekian kalinya. Dan pembangkang juga tidak perlu menjadikan isu ini sebagai modal semata-mata ingin mempengaruhi rakyat untuk menyebelahi mereka,” ujarnya dalam kenyataan kepada UMNO-Online hari ini.

Tambahnya, Pengerusi FELDA Tan Sri Shahrir Samad berhempas pulas dan bermati-matian ingin membela kebajikan peneroka untuk mendapatkan semula tanah mereka.

“Sebaliknya pembangkang pula tidak henti-henti membuat drama provokasi untuk mengelirukan rakyat. Sedarlah saya kini, pembangkang hanya sebuah parti yang gemar meracuni fikiran rakyat dengan isu-isu seperti ini.

“Malah, mereka juga sengaja mahu menanam keraguan dan kebimbangan rakyat terhadap FELDA dan pihak Kerajaan. Jadi harapan saya, rakyat jangan mudah terpengaruh dengan setiap hasutan mereka ini,” ujarnya lagi. -MediaUMNO