Sabtu, 20 Januari 2018

Bekas Aktivis PKR Dedah Azmin Pendendam




KUALA LUMPUR - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyerang dan membalas dendam kepada Pas Selangor berikutan parti Islam itu mengumumkan untuk bertanding di Parlimen Gombak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa.

Kedua-dua  kawasan itu dimenangi oleh beliau yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu.

Tindakan yang dilakukan oleh Menteri Besar itu dengan menyekat peruntukan terhadap Pas termasuk Ahli Majlis, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang mewakili parti itu.

Terbaru Mohamed Azmin turut membatalkan  tempahan Stadium Tertutup Kuala Selangor untuk program Fastaqim 2.4 yang diadakan pada Ahad ini yang dianjurkan Pas Selangor.

Bekas Aktivis PKR, Hanisya Abdul Hamid berkata,  sifat balas dendam adalah sebahagian daripada keperibadian Azmin.

"Ketika berada PKR dan menjawat jawatan Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Pusat saya sudah merasai tindakan serupa dilakukan oleh Mohamed Azmin yang memiliki sifat dan watak pendendam kelat ketat.

"Saya ingatkan sudah menjadi Menteri Besar perangai itu sudah tiada tetapi ia masih kekal dalam diri dia," katanya yang turut dikenali sebagai Omak Kau.

Hanisya berkata, rakyat tahu bagaimana hendak membalas perbuatan Mohamed Azmin itu tambahan pula PRU semakin hampir.

Tambahnya, dia  boleh memberi layanan buruk terhadap PAS yang menjadi sebahagian daripada Kerajaan Negeri Selangor, apatah lagi kepada rakyat biasa yang anti  kepimpinannya.

"Tak mampu nak fikir apa dia sanggup lakukan keatas rakyat yang anti dengan kepimpinan beliau,"katanya.

Sementara itu, Pas Selangor tidak menolak kemungkinan untuk mengadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkaitan isu semasa di negeri itu.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Sallehen Mukhyi berkata,  ia termasuk spekulasi peruntukan dana kepada Adun parti itu yang akan dibekukan.

"Isu ini sebahagian daripada kemungkinan yang akan kita lakukan tapi kita belum boleh pastikan dan akan tengok dari sudut sejauh mana pembekuan berlaku.

"Jadi kalau beku, mengadap tuanku adalah sebahagian daripada itu. Itu pun jika tuanku berkenan. Kalau tak berkenan tak buat boleh apa kerana ini adalah isu politik," katanya.