Ahad, 11 Februari 2018

Di Depan Mahathir, Husam Melutut



Nasib Husam Musa (dahulu Dato’ Paduka) dan Tun Mahathir baru-baru ini hampir sama. Masing-masing ditarik balik darjah kebesaran oleh Istana Kelantan. 

Bagi Mahathir gelaran namanya masih kekal Tun, tetapi Husam cuma Husam. Husam Musa! 

Kesian kepada Husam. Husam dahulu pernah mengeluarkan tiga dalil “Mahathir Pengkhianat Melayu”. “...

Bila hak Kelantan ternafi sampai kini, hak rakyat Kelantan juga ternafi dan dikhianati. 95 peratus penduduk Kelantan adalah Melayu. 

Maknanya Tun M mengkhianati Melayu, Melayu Kelantan secara khusus.” (Husam Musa, Feb 2011) 

Tetapi selepas Mahathir (juga sebelum ini digelar “Kepala Penyamun” oleh Presiden Amanah Mat Sabu) diangkat sebagai calon Perdana Menteri mewakili Pakatan Harapan (jika menang), Husam tiba-tiba ubah pendirian.

 “...Saya nak betulkan, Tun Mahathir tidak pernah diskriminasi Kelantan...” (Husam Musa, Feb 2018) Itulah Husam. Husam Musa! Dahulunya berpangkat, sekarang tidak lagi. 

Seperti prinsipnya sebelum ini yang menentang Mahathir. Tetapi kini, di kaki Mahathir Husam melutut. 

#TolakTunM 
#PakatanProDAP 
#TolakPakatanPRU14