Khamis, 15 Februari 2018

Fitnah terbaru terhadap KM Sarawak



KUCHING: Pejabat Ketua Menteri Sarawak menafikan dakwaan yang tersebar di media sosial mengatakan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah mengeluarkan Ultimatum terhadap Petronas.

Pejabat Ketua Menteri menerusi satu kenyatan rasmi yang dikeluarkan hari ini, menjelaskan Ketua Menteri tidak pernah mengeluarkan ultimatum kepada PETRONAS walaupun tanggungjawabnya adalah untuk PETRONAS mematuhi undang-undang Negeri seperti mana-mana syarikat lain dengan kepentingan prospek dan perlombongan di Sarawak.


"Beliau sentiasa menekankan bahawa Sarawak akan bekerjasama bersama PETRONAS menerusi syarikat minyak baru PETROS dalam industri minyak dan gas di Sarawak dalam lingkungan undang-undang dan perlembagaan," kata kenyatan itu.

Kenyataan itu turut menyebut, penyebaran berita palsu seumpamanya amatlah dikesali.

Terdahulu beberapa pihak meyebarkan gambar dan kapsyen palsu terhadap Ketua Menteri yang kononnya beliau telah mengeluarkan ultimatum kepada PETRONAS agar ia mendapatkan lesen di bawah Ordinan Perlombongan Sarawak 1958 . – Sarawakiana