Rabu, 28 Februari 2018

Zenith sahkan bayar rasuah kepada jutawan penipu Dato’ Gnanaraja RM19 juta





PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan apabila dipercayai terlibat menerima wang sebanyak RM19 juta bagi menutup kes siasatan projek mega terowong dasar laut yang bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang.


Difahamkan, suspek berusia 37 tahun itu menerima wang tersebut daripada syarikat pembinaan utama projek selepas dikatakan mampu menyelesaikan siasatan yang dijalankan oleh SPRM.


Menurut sumber berkata, pihak syarikat berkenaan membayar wang berjumlah RM19 juta berkenaan secara berperingkat sekitar bulan Julai dan Ogos tahun lalu.

“SPRM menjalankan siasatan terhadap kajian projek mega di Pulau Pinang itu dan suspek berkemungkinan meya­kinkan syarikat pembinaan utama ter­babit bahawa dia mampu menutup dan menyelesaikan siasatan yang dijalankan oleh SPRM.