Isu PTPTN – nampaknya pembangkang main tarik tali. Sebelum ini pernah cakap nak mansuhkan, sekarang kata nak buat 'penangguhan' bayaran. Dalam erti kata lain, graduan masih kena bayar hutang PTPTN!
Kerajan bukan seperti pembangkang, dan-dan nak PRU mula nak janji bulan bintang. Sebaliknya kerajaan di bawah BN telah membelanjakan RM1.3 bilion melibatkan 40,000 pelajar kelas pertama yang dikecualikan bayaran balik pinjaman mereka.
Malah kerajaan juga telah memberi biasiswa sebanyak RM2.2 bilion kepada graduan. Selain itu, kerajaan juga menawarkan pelbagai bentuk potongan pembayaran mengikut terma-terma tertentu.
Jadi, isu PTPTN sekali lagi dipolitikkan oleh pembangkang. Malah mereka dilihat gagal untuk memberi justifikasi 'bagaimana nak ringankan' beban hutang yang dipinjam sebaliknya hanya 'berjanji' di bawah terma 'penangguhan'.
#TolakPakatanProDAP
#TolakPakatanPRU14