Sabtu, 17 Mac 2018

PROTON MEMBERIKAN TUMPUAN KEPADA KUALITI DAN INISIATIF JUALAN


Subang Jaya, 16 Mac 2018 – Februari 2018 merupakan bulan yang sibuk bagi PROTON kerana Syarikat menumpukan pada aktiviti untuk hasil yang lebih baik pada tahun ini. Meskipun terdapat cuti sempena perayaan Tahun Baru Cina, inisiatif-inisiatif bagi jualan, pemasaran dan penambahbaikan kualiti tetap dilaksanakan seperti yang dirancang di samping menjalankan ujian 
terhadap SUV dan model pertama yang dibangunkan bersama Geely, untuk pelancaran pada suku keempat. 

Inisiatif-inisiatif ini diteruskan pada bulan Mac, dengan model-model dan tumpuan tertentu yang telah dirancang untuk penambahbaikan.

Lingkungan Antarabangsa
Di peringkat antarabangsa, Pengerusi Zhejiang Geely Holding Group, Li Shufu, mengumumkan yang beliau telah memperoleh 9.69% pegangan dalam syarikat Jerman, Daimler, justeru menjadikannya pemegang saham tunggal terbesar bagi Mercedes-Benz dan trak Daimler. 

PROTON mampu berkongsi kelebihan bersama melalui rakan niaganya, Geely yang kini memiliki 
49.9% daripada jumlah saham daripada PROTON.

Peningkatan kualiti secara berterusan

Apabila kerjasama bersama Geely diumumkan, PROTON telah menjalani program peningkatan kualiti bersama rakan niaganya melalui sistem penilaian yang berdasarkan kriteria pemarkahan global Volvo. 

Pada Disember 2017, audit kualiti 
telah dilakukan oleh Geely dan ianya menunjukkan peningkatan tiga kali ganda, yang merupakan bukti keberkesanan kerjasama yang sedang berjalan di antara kedua-dua syarikat itu. 

Penambahbaikan lebih lanjut secara berperingkat akan diperkenalkan dengan audit seterusnya yang dijadualkan pada bulan Mac 2018, PROTON yakin dapat mencapai peningkatan skor auditnya. Penambahbaikan ini adalah penting sebagai persiapan yang sedang dilakukan bagi pelancaran SUV pertama PROTON, yang dijadualkan pada penghujung 2018.

Tumpuan pada model Iriz

Bagi Februari 2018, PROTON telah mencapai jualan yang bersamaan 9.6% daripada pegangan keseluruhan pasaran automotif Malaysia. 

Majoriti jualan dihasilkan melalui model Saga, Persona, Exora dan juga Iriz yang terus menarik minat 
pelanggan melalui reka bentuk, teknologi dan kelebihan nilainya.

Pada Mac 2018, kempen PROTON iaitu 'My Style, My Drive' akan bermula dan boleh didapati di cawangan jualan di seluruh 
negara dan untuk bulan ini, kempen ini akan menumpukan kepada Proton Iriz. 

Pelanggan dijemput untuk memandu uji model kompak yang telah memenangi anugerah ini untuk merasai sendiri ciri-ciri baharu yang telah diperkenalkan dalam model 
yang dipertingkat pada 2017.

Pada masa yang sama, kakitangan PROTON juga akan bertemu dengan para pelanggan untuk memberi penerangan mengenai cara terbaik menggunakan pelbagai ciri pintar kereta ini. 

Berkunjunglah ke bilik-bilik pameran PROTON yang turut dilengkapi sudut keselamatan untuk memahami aspek-aspek keselamatan bagi model hatchback ini yang telah mendapat penarafan 5 bintang oleh ASEAN NCAP.

Mengenai Proton Iriz

Bagi mereka yang mencari sebuah kereta yang memudahkan, bersaiz kompak serta mempunyai ruang dalaman yang luas untuk 5 penumpang dewasa dan bagasi, Proton Iriz adalah pilihan yang tepat. Apabila kami melancarkan model yang telah ditambahbaik ini pada 2017, ramai yang memberi komen terhadap tahap bunyi bising, getaran dan kekasaran (NVH) yang 
lebih baik serta penggunaan bahan api yang lebih cekap. 

Ruang dalamannya juga telah dinaiktaraf dengan bebenang merah 
pada stereng yang dibaluti kulit dan tempat duduk menjadikannya kelihatan lebih kemas, anggun dan bergaya.

Sejak model ini mula diperkenalkan pada September 2014, Iriz telah memenangi pelbagai anugerah seperti Kereta Kompak Hatchback Tahunan dan Anugerah Pilihan Rakyat di NST Car of the Year 2014, Reka Bentuk Perindustrian Terbaik 2015 oleh Perbadanan Harta Intelek, Kereta 5-Bintang ASEAN NCAP Paling Mampu Milik di Malaysia pada Anugerah Grand Prix ASEAN NCAP 2016 dan Kereta Bajet Terbaik di Anugerah Tahunan Kereta ASEAN 2016. Model yang ditambahbaik pula telah menerima anugerah Kompak Terbaik di Anugerah Pilihan Pengarang Carsifu 2017.

Kepada para pelanggan yang menempah sebuah Proton Iriz pada bulan Mac ini akan menerima rebat sehingga RM3,800.

Mengenai PROTON PROTON Holdings Berhad kini dimiliki oleh DRB-HICOM Berhad sebanyak 50.1% dan sebanyak 49.9% lagi oleh Zhejiang Geely Holding Group Co. Ltd. 

Ditubuhkan pada tahun 1983, ia adalah satu-satunya pengeluar kereta OEM sepenuhnya yang 
lengkap dengan kemudahan penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Asia Tenggara dan telah ditubuhkan dengan tiga objektif 
dasar kebangsaan utama iaitu untuk menerajui pembangunan industri pembuatan komponen, untuk memperoleh dan meningkatkan teknologi serta kemahiran industri dalam industri pembuatan automotif dan untuk mengukuhkan daya saing 
antarabangsa serta keupayaan perindustrian di Malaysia.

1985 telah menjadi tahun bermakna dalam sejarah Malaysia apabila kereta kebangsaan negara pertama, Proton Saga dilancarkan untuk rakyat Malaysia. Sejak itu, PROTON telah menawarkan pelbagai kenderaan empat pintu yang versatil dan 
boleh dipercayai untuk kegunaan keluarga seperti Saga dan Persona, sedan eksekutif yang bergaya seperti Prevé, sedan eksekutif segmen-D yang elegan seperti Perdana serta kenderaan pelbagai guna yang luas dan mampu milik seperti Exora dan 
Ertiga. 

Turut ditawarkan ialah model hatchback berprestasi tinggi seperti Suprima S, model kompak dengan reka bentuk 'berani' dan penuh gaya seperti Iriz yang lengkap dengan ciri keselamatan dan merupakan model mampu milik yang mendapat 
pengiktirafan 5 bintang oleh ASEAN NCAP. 

PROTON kini bukan sahaja merupakan Syarikat pengeluar kereta, tetapi ia juga berperanan sebagai pemangkin utama kepada 
usaha pembangunan negara yang dilihat telah berkembang pesat berkat keupayaannya menguasai teknologi canggih yang diraih hasil usahama bersama rakan kongsi dan pelbagai kerjasama teknikal. Tidak dinafikan bahawa Syarikat telah membantu meningkatkan ekonomi Malaysia melalui kemajuan dan kejayaan dalam industri automobil.

Sentiasa mendengar keperluan dan kehendak PROTON, kereta Proton kini berada di landasan yang tepat untuk mencapai matlamat pada masa hadapan, dengan menjadikan PROTON sebagai sebuah syarikat yang mengeluarkan kereta-kereta yang berkualiti dan berkeselamatan tinggi beserta semangat dan sepenuh hati; kereta-kereta yang memberikan kepuasan untuk 
dipandu dan dimiliki. 

Untuk makluman lanjut, layari http://www.proton.com.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: 
Korporat Komunikasi Kumpulan, PROTON Holdings Berhad