Isnin, 9 April 2018

Siapa Lagi Mangsa Hinaan Tun Mahathir Selepas Ini?


Sudahlah beri gelaran tak enak kepada orang, kemudian bukan reti nak mohon maaf. Tahun lepas, Tun M hina wanita gemuk. Dia enggan mohon maaf kerana katanya, bukan masalah dirinya jika mereka terasa. Kemudian dia hina pula keturunan Bugis, melabel mereka sebagai keturunan lanun. Pun tak mohon maaf.

Rakyat Sabah dan Sarawak pun jadi mangsa hinaan Tun M. Mereka digelar pemalas dan punyai mentaliti rendah. Terbaru, dia gelar keturunan India sebagai 'keling'. Pun tak mohon maaf. Ujarnya, gelaran itu merupakan 'bahasa Kedah'. Katanya, rakannya dalam Pakatan yang berbangsa India tidak marah mengenai perkara itu.

Kalau Tun M lupa, pemimpin DAP Pulau Pinang, P Ramasamy sebelum ni marah bila Tun M gelarkan masyarakat India sebagai 'keling'. Tapi sekarang, dia diam seribu bahasa pulak! Langsung tak kritik Tun M. Persoalannya, siapa lagi yang akan jadi mangsa hinaan Tun M lepas ni?  

#TolakTunM
#TolakPakatanPRU14 
#PakatanProDAP