Selasa, 1 Mei 2018

Pemimpin Islam Dalam Pakatan Rela Jadi Boneka DAP!



Makin ramai pemimpin Pakatan pro DAP yang mula mengambil kesempatan menggunakan modal politik 'kebencian' terhadap bangsa dan agama termasuk mengeluarkan kata-kata kesat. 

Perpecahan parti Melayu dan Islam di negara ini semakin kritikal dan boleh dianggap sebagai satu perkara menyedihkan apatah lagi apabila dilihat menjadi boneka kepada parti bukan Islam. 

Sebaliknya, parti bukan Islam begitu konsisten sejak dahulu lagi dengan perjuangan untuk menghasut parti-parti Islam untuk tidak bersama kerajaan. Paling jelas, DAP parti yang berkuasa, bukannya PKR yang sekadar kuda tunggangan DAP semata-mata. 

Pemimpin-pemimpin Islam dalam Pakatan sepatutnya belajar apa berlaku dengan bangsa seagama kita di negara jiran yang semakin tertindas atas sebab peluang 'awal' yang diberi dahulu. Jangan sampai menang sorak 'maruah' agama tergadai!

#PakatanProDAP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Alkisah sebuah kereta Volvo S90