Selasa, 1 Mei 2018

Isu calon PH tidak dibenarkan masuk dewan di Rantau Negeri 9

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (DPPN9)
BN Menang Percuma Di Rantau : PH sengaja atau sebaliknya?

28 APRIL 2018

1 – Proses penamaan calon di Negeri Sembilan berjalan lancar, PAS menghantar 27 Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 8 Calon Parlimen melalui proses sejak awal pagi dengan baik dan sempurna.

2 – Kami melihat inilah komitmen yang jitu dibawa seluruh kepimpinan, ahli dan penyokong PAS ketika dalam meneruskan misi membawa kemenangan dengan slogan Negeri Sembilan Sejahtera.

3 – PAS walau dituduh dengan pelbagai fitnah oleh PH kononnya mahu beri kemenangan dan penyebab kemenangan kepada Umno, tetapi nyata tuduhan itu meleset sama sekali. PAS di seluruh negeri ini akan tetap menentang Umno/BN. Tiada lagi isu UG atau mahu bersatu dengan Umno.

4 – Namun, Calon PKR (PH) di DUN Rantau samada secara sedar atau tidak, tidak membawa kad SPR untuk kemasukan calon ke kawasan bertanding menyebabkan mereka tidak dibenarkan masuk untuk menyerahkan borang penamaan calon.

5- Samada secara sengaja atau tidak, itu bukan isunya kerana kad SPR adalah perkara paling 'basic' untuk setiap calon, wakil calon dan pencadang untuk membawanya. Malah ia sepatut tergantung di leher calon.

6 – Dengan itu, calon BN Rantau, Dato' Seri Mohammad Haji Hassan diisytihar menang tanpa bertanding. PAS dari awal-awal lagi tidak menyatakan untuk bertanding di kawasan itu, malah PAS mahu melihat kekuatan PH jika pertandingan satu lawan satu di situ.

7 – Ternyata, PH mensia-siakan peluang selepas sebelum ini (semasa pembahagian kerusi) mereka berbaling kerusi di negeri ini kerana tidak puas hati dengan pembahagian.

8 – Kami DPPN9 ingin menegaskan, PH tidak perlulah terus menerus "recycle" isu UG dan PAS bersama Umno kerana buktinya DUN Rantau, PH membiarkan BN menang percuma. Bagaimana mahu memerintah negeri ini jika perkara paling pokok pun PH tidak mampu selesaikan.

9 – Di kesempatan ini, kami DPPN9 mahu mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh jentera PAS di Negeri Sembilan yang bersama-sama memastikan PAS akan lawan BN dan PH.

#AnakMudaSejahtera
#MalaysiaSejahtera
#JomUndiPAS
#NegeriSembilanSejahtera