Ahad, 18 November 2018

HIMPUNAN BESAR BESARAN *#8.12.2018* TOLAK *ICERD* AKAN DIADAKAN *DI KUALA LUMPUR



*PASIR SALAK 17 Nov. -* Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran agar tidak mencabar orang Melayu dengan cadangan meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Menurutnya, jika tiada sebarang pengisytiharan cadangan ICERD ditarik balik, tidak mustahil orang Melayu mengamuk.


*"Jangan sampai orang Melayu amuk. Kalau amaran tak diendahkan, UMNO dan Pas bersatu, kita bukan sekadar beri amaran kalau tak ada isytihar tolak ICERD, maka kami akan bangun. Jangan minta, amaran bukan sekadar amaran kalau tak percaya cuba.*

"Ini bukan sebarang amaran, jangan main-main. Kalau mahu perkataan amuk ini dilakukan cubalah cabar," katanya ketika berucap pada Himpunan Perpaduan Ummah di pekan Kampung Gajah di sini hari ini.

*Dalam ucapannya, Ahmad Zahid turut mengumumkan UMNO akan menyokong perhimpunan besar-besaran orang Melayu anjuran Pas untuk membantah cadangan meratifikasikan ICERD di Kuala Lumpur pada 8 Disember ini.*

Menurut Ahmad Zahid, UMNO dan Pas dan bergabung bagi menjayakan perhimpunan bantahan ICERD tersebut.

"Perhimpunan malam ini sebagai permulaan, perhimpunan bantahan ICERD pada 8 Disember ini bukan juga kemuncaknya. Semangat dan kerjasama UMNO dan Pas akan berterusan. Ya kita silap dulu, bergaduh semasa sendiri.

*"UMNO di bawah saya, kita akan bercantum dengan Pas, kita ketepikan segala perbezaan politik atas nama Islam dan Melayu, kita bercantum atas kekuatan untuk membina negara yang baharu," katanya.*

Ahmad Zahid menegaskan, UMNO dan Pas menolak ratifikasi ICERD kerana ia diperkenalkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menolak perkauman di bawah Dasar Aparteid di Afrika Selatan

*"Tetapi sejak dahulu lagi kerajaan Malaysia tidak menindas mana-mana kaum, jadi jangan silap atas nama kesamarataan maka kita harus bangun dan menolak ICERD," katanya. - UTUSAN ONLINE*