(THREE REASONS WHY HUNDREDS OF THOUSAND PEOPLE MARCHED ON THE STREET IN MALAYSIA YESTERDAY (It's not just about ICERD.) English version at the bottom)
Semalam pada 8 Disember 2017 adalah suatu hari yang bersejarah di Malaysia. Beratus ribu rakyat berhimpun dan berdemonstrasi di jalanan di tengah-tengah Kuala Lumpur sekitar Dataran Merdeka.
Perhimpunan ini adalah sepatutnya satu demonstrasi untuk membantah cadangan ratifikasi ICERD oleh Kerajaan. Namun pada minggu lepas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir telahpun menarik balik keputusan untuk meratifikasi ICERD. Oleh itu, mengapakan beratus ribu rakyat masih turun ke jalanan untuk berdemonstrasi?
Terdapat sekurang-kurangnya tiga sebab utama:
Pertama, setelah pemimpin-pemimpin Kerajaan membuat pelbagai u-turn dalam keputusan-keputusan mereka dalam tempoh 7 bulan ke belakangan ini dan mungkir janji dalam menunaikan manifesto pilihanraya mereka, kebanyakan rakyat Malaysia menunjukkan bahawa mereka tidak percaya yang Kerajaan dan Perdana Menteri akan mengekalkan keputusan untuk tidak meratifikasi ICERD. Kerajaan mungkin akan u-turn lagi jika demonstrasi dibatalkan.
Melalui ucapan-ucapan di himpunan semalam san reaksi di media sosial, penyokong-penyokong anti-ICERD yang merupakan sebahagian besar daripada rakyat Malaysia, berasa bahawa ICERD akan menyisihkan mereka dan bukan sebaliknya. Dalam hal ini mereka sebenarnya tidak salah untuk beranggapan sedemikian. Paradoksnya, sekiranya Kerajaan meratifikasi ICERD di Malaysia, ia akan menerukkan lagi masalah diskriminasi di Malaysia dan bukannya sebaliknya (baca buku berkenaan ICERD di Malaysia di sini: https://ishamjalil.wordpress.com/2018/12/07/icerd-dan-mengapa-semua-kaum-di-malaysia-perlu-menolaknya/). ICERD ini adalah seperti Malayan Union 2.0 kata mereka.
Kedua, himpunan besar ini adalah suatu signal penolakan daripada rakyat kepada Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang memerintah kerana tidak menunaikan janji-janji pilihanraya mereka. Kebanyakan daripada agenda utama PH dalam manifesto pilihanraya mereka tidak ditunaikan malah mereka membuat u-turn 180 darjah pula berkenaannya selepas mereka menang pilihanraya pada bulan Mei yang lepas.
Mereka (PH) berjanji untuk membatalkan hutang PTPTN yang telah mendorong sebahagian besar daripada orang muda untuk mengundi mereka dalam pilihanraya yang lepas, namun mereka membatalkan janji ini dan sebaliknya mengesyorkan supaya memotong gaji secara paksa untuk membayar hutang PTPTN.
Dan mereka telah berjanji untuk menurunkan harga minyak ke RM1.50 seliter, namun kini senyap berkenaan hal ini.
Dan mereka berjanji untuk menghapuskan cukai kepenggunaan GST 6%, namun mengenakan cukai kepenggunaan SST 10% selepas pilihanraya.
Rakyat marah. Mereka bukan bodoh. Mereka terasa tertipu.
Ketiga, himpunan besar-besaran ini juga adalah satu signal yang jelas kepada Kerajaan PH yang memerintah bahawa orang-orang Melayu sedang marah dan mereka berasa dasar-dasar dan keputusan-keputusan Kerajaan kini menyisihkan mereka serta membuat kehidupan mereka menjadi lebih teruk. Dalam Bajet 2019 yang baru dibentangkan, Kerajaan mewar-warkan bahawa ianya adalah bajet terbesar dalam sejarah iaitu RM315 billion dengan peningkatan sebanyak RM30 billion daripada Bajet 2018 yang lepas. Namun, banyak peruntukkan dan bantuan kepada kumpulan bawah 40% dan orang-orang miskin dipotong atau dibatalkan. Kebanyakan daripada rakyat yang terkesan dan berada dalam kumpulan ini adalah orang-orang Melayu.
Ketiga-tiga sebab di atas menunjukkan bahawa pemimpin-pemimpin dan pembuat dasar Kerajaan PH adalah samada tidak cekap atau naive dalam membuat dasar termasuk berkenaan hubungan kaum di Malaysia. Selepas menyedari kesilapan mereka, mereka senantisa membuat pelbagai u-turn yang memalukan. Namun kerosakan telah dibuat.
Selepas banyak u-turn dalam tempoh yang singkat, siapa yang akan percaya kepada mereka lagi? Mereka (pemimpin-pemimpin PH) mungkin akan menipu lagi seperti yang mereka buat selama ini. Apabila dekat pilihanraya nanti, pemimpin-pemimpin PH akan membuat pelbagai janji lagi. Mereka akan menipu lagi. Siapa akan percaya kepada mereka?
Apa yang kita lihat kini ialah Kerajaan PH mempunyai dua masalah kronik yang besar dan kritical: Mereka tidak kompeten mentadbir dan mereka tidak boleh dipercayai oleh rakyat dengan janji-janji mereka.
Tujuh bulan selepas mereka menang pilihanraya adalah masa yang terlebih cukup malah lama menunggu untuk Kerajaan menjalankan tugas dengan cekap untuk rakyat. Sebab setiap hari terdapat ramai rakyat yang sengsara dan perlu dibantu. Tiada rakyat sepatutnya menunggu kerajaan mereka untuk ke tadika untuk belajar mentadbir sementara mereka sengsara.
Para Menteri yang dilantik memegang jawatan sepatutnya telah bersedia untuk melaksanakan tugas dengan cekap daripada hari pertama, dan bukannya bekerja membuat dasar umpama permainan cuba dan salah (trial and error) dengan kehidupan rakyat sementara mereka belajar mentadbir. Rakyat tidak boleh menerima Kerajaan yang tidak kompeten.
Ini bukanlah sebab politik, ia adalah melangkau politik. Sebab pada tahun depan, sementara pemimpin-pemimpin PH bermain politik menyalahkan kerajaan yang sebelumnya untuk menutup kelemahan diri sendiri, negara dan rakyat akan berhadapan dengan tahun yang getir dan mencabar kerana ekonomi dijangka akan mengalami krisis.
Bagaimana kita boleh percaya kepada pemimpin-pemimpin dan menteri-menteri Kerajaan PH ini untuk membawa kita keluar dari cabaran dan kesusahan apabila mereka ini tidal kompeten dan tidak boleh dipercayai? Sekurang-kurangnya, kerajaan BN yang dahulu adalah cekap mentadbir dan boleh dipercayai untuk menunaikan janji.
Sekiranya pemimpin-pemimpin Kerajaan BN dahulu dituduh korup dan rasuah, ramai pemimpin-pemimpin Kerajaan PH kini yang mempunyai kes korupsi dan rasuah juga, namun ada antara mereka yang bebas dan "terbersih" setelah menang pilihanraya. Oleh itu jika pemimpin-pemimpin Kerajaan PH ini korup, mereka bukan sahaja korup malah tidak kompeten dan tidak boleh dipercayai. Adakah ada jenis kerajaan yang lain yang lebih teruk dari ini?
ISHAM JALIL
9 Disember 2018
.............
THREE REASONS WHY HUNDREDS OF THOUSAND PEOPLE MARCHED ON THE STREET IN MALAYSIA YESTERDAY
Yesterday the 8th of December 2018 marked a another historic moment for Malaysia. Hundreds of thousand citizens marched and rallied on the street of Kuala Lumpur making an ocean of people around Dataran Merdeka or the Independence Square.
The march was supposed to be an anti-ICERD rally, to reject the proposed ratification of the international convention by the Government. However last week the Prime Minister Mahathir had already retracted the decision to ratify ICERD, so why did the protesters march in the thousands anyway?
There are at least three main reasons why:
First, after so many u-turns in their decisions in the last 7 months and going back on their words on their election promises, many Malaysians now feel that the Government and the Prime Minister Mahathir may not be true to their words again.
From the speeches at the rally and the reactions on social media, the anti-ICERD supporters, which makes up a great portion of the citizens, feel that ICERD will marginalize them rather than the opposite. And they are not wrong to think this. Paradoxically, ratifying ICERD will make discrimination problems in Malaysia worse rather than the other way around (read the book about ICERD in Malaysia here: https://ishamjalil.wordpress.com/2018/12/07/icerd-dan-mengapa-semua-kaum-di-malaysia-perlu-menolaknya/). ICERD is like Malayan Union 2.0 they say.
Second, this large rally is also a signal of mass protest and rejection by the people against the ruling Pakatan Harapan (PH) Government for not fulfilling their election promises. Many of their main agenda in their election manifesto are now left undelivered and even 180 degree u-turned after the gained power in last general election in May.
They (PH) promised to write of student loan debts (PTPTN) which drove bulk of young voters to vote PH in the last election, but they reneged on this promise and proposed to garnish salaries to force payment instead.
And they promised to lower fuel price to RM1.50 per liter, but are quiet about this now.
And they promised to abolish the 6% GST consumption tax, but instead introduce a 10% SST consumption tax instead after the election.
The people are angry. They are not stupid. And they feel cheated.
Third, this rally is also a clear signal from the people to the ruling Pakatan Harapan Government that the Malays are angry and that they feel that the Government is marginalizing them and makes their lives worse off. The recently tabled Budget 2019 by the Government boasted the highest budget in history at RM315 billion (USD75 billion), an increase of about RM30 billion from 2018 budget. Yet, many allocations to the bottom 40% and the poor were slashed or cancelled. Most of the people affected and in this group are the Malays.
The above three reasons shows that PH government leaders and policymakers are either incompetent or naive in making policy including about race relations in Malaysia. After realizing the grave mistake, they had to make the embarrassing u-turn, but the damage has been done.
After so many u-turns within a short period of time, who would believe them anymore? They could be lying again through their teeth like they did with the election promises. Closer to the next election, PH politicians will make more promises. But they will lie again. Who would believe them then?
What we've seen so far is that the PH government has two major and chronic critical problems: They are incompetent to govern and are untrustworthy with their promises.
Seven months after the won the election is already more than enough time even overstretched given by the people to get the government's act together. Because everyday goes by there are many people suffering and it's getting worse by the day. No one should wait for the government to go to kindergarten while they suffer.
Ministers who are appointed to the posts should be ready to serve competently on the get-go, and not playing trial and errors with people's lives and livelihood while they are slowly learning how to govern. The people cannot tolerate incompetence in Government.
This is not about politics, it is beyond that. Because the concern is that next year, while PH leaders are still playing politics blaming the previous government to cover the current government shortcomings, it will be a tough year for Malaysia and Malaysians across the board with the economy going down in a foreseeable crisis.
How could we trust the PH government leaders and ministers to lead us out of the woods with their leaders are incompetence and untrustworthy? At the least the previous BN government was competent and trustworthy in delivering their promises.
If BN leaders are accused of being corrupt, the current PH government leaders have also themselves many allegations of corruption, but some got away scot-free after they won the election. So if the PH government leaders are corrupt, they are not only corrupt but also incompetent and untrustworthy. Is there any other worse kind of government than this?
ISHAM JALIL
9 Disember 2018