Jumaat, 11 Januari 2019

Belum apa apa dah menyalahi akta pilihan raya

KENYATAAN MEDIA

a. Kenyataan YB Senator Bob Manolan Mohamad di Pos Betau, Jelai bahawa Ketua Kampong atau Tok Batin Masyarakat Orang Asli akan kehilangan gaji dan dibuang dari jawatan jika mereka tidak mengundi calon Kerajaan Persekutuan pada Pilihanraya Kecil Cameron Highlands merupakan suatu bentuk ugutan. 

b. Ini tidak sepatutnya berlaku kerana  Elaun Ketua Kampong atau pelbagai bentuk bantuan kepada masyarakat Asli ia mesti diberi tanpa mengira siapa yang mereka sokong. Apatah lagi sebagai sebuah kerajaan, Kerajaan PH memang bertanggungjawab menyediakannya kepada mereka yang berhak menerima. 

c. Jadi membuat ugutan begitu adalah salah sama sekali dan tidak patut dibuat. Kita harap Kerajaan PH berhenti daripada membuat ugutan kepada pengundi disini kerana rakyat berhak mengundi siapa yang mereka inginkan.

d. YB Dato Dr Ketua Penerangan UMNO dalam Perjumpaan Bersama Kepimpinan Pusat Daerah Mengundi ( PDM ) di Pejabat UMNO Cameron Highlands di Tanah Rata CH meminta semua Jentera BN bekerja kuat dengan penuh strategi. UMNO dan BN perlu pastikan kita dapat majoriti besar. Kemenangan BN adalah penting untuk memberi signal kepada Kerajaan PH yang banyak mungkir janji, berbohong dan rakyat tidak berpuashati dengannya.

e. Kemenangan BN di PRK CH ini penting. Ia akan menjadi titik tolak perubahan kepada lanskap politik negara setelah kita lihat banyak kegagalan yang dibuat oleh Kerajaan PH baik ekonomi, kebajikan rakyat, menyediakan peluang pekerjaan dan sebagainya.

f. Jentera UMNO mesti berusaha kuat dan pastikan seramai mungkin keluar pengundi BN keluar mengundi. Kita bimbang trend keluar mengundi yang rendah dibeberapa pilihanraya kecil sebelum ini juga berlaku disini.

g.Justeru, Jentera UMNO perlu punyai strategi yang tersendiri untuk keluarkan pengundi. Maka kita perlu fokus dalam soal ini.

h. Kita percaya pihak calon DAP akan melakukan pelbagai usaha bagi mengurangkan pengundi keluar mengundi dan tidak menyokong BN. Oleh itu kita mesti lipat gandakan usaha.

YB DATO' DR SHAMSUL ANUAR NASARAH
Ketua Penerangan UMNO Malaysia.
11.1.2019