AMBO terpanggil untuk berkongsi jikanya dilihat sebagai keperluan kepada kebanyakan Ahli UMNO mengetahui status sebenar dan kedudukan Presiden yang dipilih secara SAH oleh Perwakilan UMNO seluruh negara dalam pemilihan lepas.
Seperti yang kita maklum bahawa Presiden Parti DS Zahid Hamidi telah menyerahkan tugas beliau kepada Timbalan Presiden yaitu Dato Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan untuk *menjalankan tugas-tugas Presiden* dan secara tidak langsung Dato Sri Ismail Sabri Yaakob sebagai Naib Presiden 1 *menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden.*
Kenapa AMBO menggunakan istilah * Menjalankan Tugas-Tugas* dan tidak istilah *Memangku* ???
*(Terlebih dahulu AMBO tidak berminat untuk menggunakan ayat-ayat dalam klausa dan perkara dalam Perlembagaan Parti kerana ianya mungkin sukar dan berbelit untuk difahami dan AMBO cuba menggunakan bahasa mudah untuk ahli dibawah faham)*
_Apa yang harus kita faham ialah..._
1-Setelah meneliti klausa dan perkara dalam Perlembagaan Parti UMNO tidak ada istilah *"Presiden Bercuti"* seperti tuntutan Pemuda dan beberapa pemimpin sebelum ini.Dengan kata lain sayap parti(Pemuda) atau Pemimpin yang menuntut Presiden supaya bercuti dari Jawatan Presiden tidak membuat penyelidikan tuntas perlembagaan parti sebelum membuat kenyataan tersebut.
2-Tiada istilah *"Pemangku Presiden"* jika selagi Presiden masih memegang jawatan sebagai Presiden.
3- *"PEMANGKU"* hanya akan wujud jika Presiden tidak lagi memegang jawatan sebagai Presiden.Jelas hari ini Presiden tidak meletak jawatan dan Presiden tidak juga hilang jawatan Presiden dan Istilah * Pemangku* tidak boleh digunakan oleh Dato Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan(Tok Mat) dan juga *Pemangku* juga tidak boleh digunakan oleh Dato Ismail Sabri Yaakob di jawatan Timbalan Presiden.Itu asasnya.
_Bagaimana dan bila pula istilah *"Pemangku"* digunapakai??_
2 keadaan di mana Presiden hilang jawatan..
1. *Presiden letak jawatan*
2. *Presiden disingkir melalui 2/3 undi perwakilan seluruh negara melalui Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM)*
Jika kedua-dua keadaan ini berlaku maka istilah *Pemangku* boleh digunakan untuk kedua-dua Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.
Justeru itu kedua keadaan ini tidak berlaku dan oleh sebab itu Presiden masih kekal dan tidak boleh ada pemangkuan jawatan.
Apa yang berlaku hari ini dan statusnya ialah Presiden *"Menyerahkan Tugas-Tugas Presiden"* kepada Timbalan Presiden untuk dilaksanakan dan manakala Timbalan Presiden *"Menyerahkan Tugas-Tugas Timbalan Presiden"* kepada Naib Presiden 1 untuk dilaksanakan.
Ini merupakan perkara dan perihal yang perlu Ahli Dan Orang UMNO faham dan hadham.Dengan kata lain dalam majlis-majlis atau apa jua bentuk surat menyurat perlu betul "address" tersebut.Jangan pula ada pengacara majlis menggunakan istilah "Pemangku Presiden" kepada Tok Mat yang hadir ke majlis-majlis parti atau surat menyurat yang menulis "Dato Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan ( Pemangku Presiden).
Ini hakikatnya..Presiden UMNO yang sah masih lagi DS Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden juga masih Dato Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan dan seterusnya Naib Presiden 1 ,2 , 3 tidak berubah.Apa yang berubah hanyalah tugas-tugas mereka termasuklah 2 lagi Naib Presiden yang harus menjalankan tugas dan tanggungjawab yang pernah diberikan kepada Naib Presiden 1 sebelum ini.
Harap pencerahan dan perkongsian ini boleh menjelaskan kedudukan dan hairakhi UMNO tanpa bercelaru.
_*AMBO*_