Ahad, 6 Januari 2019

Scenario politik tanah air

Secawan Espresso☕
HASSAN TSABITT II
05/01/2019

Tahun berubah, Kerajaan pun sudah berubah, namun sikap tidak berubah. Tahun 2018, bukan sahaja catatan duka UmnoBN, malah menjangkiti seluruh negara, PH kerajaan serba tidak terurus! Mahu tidak mahu, mengheret kaki ke tahun yang meresahkan.

Penyakit "menyalahkan kerajaan lama" sepatutnya sudah tidak diratib lagi sejurus selepas diumumkan kerajaan PH bertakhta di Putrajaya. Kalian sepatutnya membersihkan segala kotoran yang di sebutkan sebelum PRU tetapi yang berlaku ialah "ini semua salah kerajaan terdahulu". Lebih baik serahkan saja mandat kepada rakyat jika kalian tidak berminat membaiki negara!

UmnoBN tersungkur di hujung medan perang, luka amat parah dan tidak mampu mengangkat hatta muka sekalipun. Kalian pula lengkap dengan segala pakar penasihat, sokongan legislatif dan sebagainya. Mengapa masih berada di dalam minda pembangkang? 

Ekonomi makin menjunam, berbilion pelaburan luar di bursa angkat kaki, meninggalkan luka parah kepada syarikat & GLC tempatan. Dulu nilai seringgit, hari ini sekupang lima duit. Menteri tikus membaiki labu masih sembang bahasa "dewa". Membezakan titik perpuluhan pun tidak mampu, apalah diharapkan menjana ekonomi negara. Menteri bangsa DAP itu lebih layak menjadi ejen hartanah. Dengan kepakaran itulah boleh menghisap tabung institusi Tabung Haji. Bagaimana Khazanah, PNB dan Felda?


Sudah²lah T.M, LGE dan sekutu bangsa DAP. Seperti mana Tun Daim juga menggesa kalian berhenti mengkambing hitamkan UmnoBN di sebabkan kegagalan 99.9% melunaskan janji manifesto 100 hari, kini sudah berinjak kepada 7 bulan dan apakah bakal berganjak kepada setahun? Atau perlu menunggu semasa hampir PRU15 barulah ditabur gula² @ ubat lupa penipuan kalian kepada rakyat? Barangkali kepada bangsa DAP itu laku tetapi tidak kepada majoriti rakyat kerana mereka makin celik akan auta kalian.

Dalam kepayahan PH menguruskan konflik dalaman, mereka masih mendabik dada "PH ialah kerajaan yang kuat", padahal mereka tahu, dan rakyat juga tahu, dalam menang PRU rupanya memasing mempunyai sifat iri hati sesama parti dan rakan PH. Yang kuat cuma Bangsa DAP. Itupun kerana sokongan tidak berbelah bahagi oleh komrad Amanah @ PAN!


PKR pula masih tidak habis-habis dengan bunyi dentam-dentum meriam yang dihalakan oleh kem Anwar (baca Rafizi) kepada kem Azmin tetapi Azmin tetap mendapat sokongan T.M malah Azmin lebih di yakini oleh ahli PKR sendiri. 


PPBM juga mempunyai masalah genetik UMNO yang melampau. Kehadiran juak² dedak mula menimbulkan kesangsian rakyat apakah UMNO hanya bersalin pakaian sedang hakikatnya Roh dan Fizikal adalah sama? Bantahan dari rakan sekamar bukan lagi pada nada biasa sebaliknya satu manifestasi perpecahan dalaman.


Sekadar itulah nukilan kali ini.

Asal datang dari rimba, membuka desa dan kota,
Hidup Bangsa dek mulia,
Mati Nusa dek lupa, tamak haloba.

#IslamMemimpin
#Mampu Centre