Rabu, 9 Oktober 2019

Habis Harta Nak Jual

Saya sedih dengan penjualan Hotel Andaz Singapura kepada syarikat Singapura semalam.

Hotel ini adalah sebahagian dari projek DUO yang terletak di kawasan Pusat Bandar Baru (CBD) Singapura yang sedang pesat membangun.

Projek DUO pula dibangun di atas sebahagian tanah yang ditukar dengan tanah Tanjong Pagar KTM.

Hotel Andaz telah dijual dengan harga RM1.45 bilion. Projek DUO pula telah dijual pada bulan Julai dengan harga RM4.7 bilion.

Hotel 5 bintang Andaz adalah antara hotel paling mewah di Singapura pada masa kini manakala semua bangunan-bangunan di DUO towers pula menikmati "full occupancy" setelah berjaya disewa keluar kepada syarikat-syarikat antarabangsa terkenal seperti Abbott Laboratories Inc, Chevron Corp dan Mastercard.

Aset-aset ini sepatutnya disimpan untuk memberi pulangan tahunan bagi jangka panjang kepada negara.

Tapi dijual pula demi mengaut sedikit keuntungan untuk tahun ini.

Dengan menjual hotel dan projek DUO ini, kerajaan PH sebenarnya telah melenyapkan sebahagian dari legasi pemilikan tanah KTM di Singapura.

Perjalanan yang bermula pada tahun 2010 untuk mendapat dan membangunkan tanah-tanah ini bukan mudah.

Ada perundingan dua hala antara negara. 

Ada pertengkaran antara negara bernilai RM4.5 bilion di Mahkamah Antarabangsa yang kita menang.

Tetapi dijual bailk kepada negara Singapura oleh kerajaan PH dalam masa sekelip mata sahaja.

-Najib Razak-