Rabu, 18 Disember 2019

SIAPA VVIP YANG PUJUK AZILA?


Mohd Puad Zarkashi
18.12.2019

Tun Daim pernah mendedahkan dia sendiri berjumpa dengan Anwar di penjara Sg Buloh. Dia diminta oleh Tun M supaya memujuk Anwar untuk bergabung menumbangkan BN dan dijanjikan jawatan Perdana Menteri.

Daim mendedahkannya dalam Program Soal Rakyat TV3 pada 5 September 2018. Dia terpaksa jadi peguam semula untuk jumpa Anwar. Kerana hanya peguam dan keluarga sahaja yang boleh jumpa Anwar di penjara.

Maka siapakah VVIP yang didedahkan oleh Peguam Ts Shafie Abdullah dan Raja Petra Kamaruddin yang jumpa Azilah di luar penjara?

Mereka juga cuba memujuk Sirul Azhar di Australia. Setelah gagal, Azila pula dipujuk dengan janji terlepas dari tali gantung.

Tun M membuktikan dia boleh melakukan apa sahaja sehingga memujuk Anwar di penjara

Lagi pun dia ada Peguam Negara yang tidak menghormati rule of law. Tommy Thomas boleh gugurkan kes rasuah Lim Guan Eng. Dia boleh batalkan rayuan pendakwaan terhadap Rafizi.

Dia satu satunya Peguam Negara dalam sejarah yang diputuskan ada prima facie menghina mahkamah oleh Hakim Koroner dalam kes Mohd Adib.

Akuan bersumpah Azila selepas hampir dua tahun memerintah membuktikan Kerajaan PH sudah tidak yakin untuk memenjarakan “segera” Najib dengan pulohan tuduhan kleptokrasi, AMLA dan salah guna kuasa.

Dengan tuduhan “membunuh” Najib boleh segera dipenjarakan. Maka ia menghalang program Bossku terus menarik sokongan rakyat khususnya anak muda terhadap BN.

Ia juga mampu menghalang facebook Najib daripada terus aktif dengan hujah dan fakta yang gagal disanggah oleh Tun M dan menteri menterinya.

Justeru SD terbaru Azila itu tidak akan wujud tanpa adanya VVIP yang hebat itu. Ia adalah conspiracy at the highest level.

Game plan Mahathir belum berakhir. Dia “tersenyum” bila ditanya tentang SD Azilah.