Isnin, 6 April 2020

PROTON MENGUMUMKAN STATUS WARANTI BERIKUTAN PKP


Subang Jaya, 6 April 2020 – Demi menghormati dan menunjukkan tanda sokongan kepada Kerajaan Malaysia terhadap
lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara, PROTON ingin memberi jaminan kepada semua
pelanggan Syarikat mengenai isu-isu berkaitan servis dan waranti kenderaan mereka.
- Waranti yang tamat tempoh semasa tempoh PKP akan dilanjutkan kepada 1,000km atau 30 hari selepas hari terakhir
PKP, yang mana-mana terdahulu.
- Berikutan penutupan semua pusat servis PROTON sepanjang tempoh PKP, semua waranti masih sah dan boleh
digunakan meskipun kenderaan tersebut telah melepasi tempoh servis yang disarankan. Pelanggan dinasihatkan
untuk menyelenggara kenderaan mereka dalam tempoh 30 hari selepas hari terakhir PKP untuk memastikan waranti
kenderaan mereka kekal aktif.
- Pelanggan dinasihatkan untuk menghubungi pusat servis PROTON bagi membuat temu janji dalam tempoh 15 hari
dari tarikh berakhirnya tempoh PKP.
- Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian khidmat pelanggan PROTON di 1800-88-8398 atau emel kepada
customercare@proton.com.