Rabu, 29 Julai 2020

Kerajaan Baru di Negeri Di Bawah Bayu?

Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Musa Aman (69 tahun) hari ini mengumumkan beliau mempunyai cukup majoriti untuk mengambil alih kerajaan negeri daripada parti Warisan pimpinan Shafie Apdal.

Langkah yang diambil oleh Musa Aman ialah dengan mengumpul Akuan sumpah daripada 33 adun yang sedia untuk menggulingkan kerajaan sedia ada yang berusia 27 bulan. 

Menurut beliau, ADUN yang menyokong beliau adalah daripada Warisan yang berpaling tadah, PKR, PPBM dan Umno. 

Kita tunggu episod seterusnya sebelum atau selepas Hari Raya Haji.