Rabu, 5 Ogos 2020

KEMANA WANG ROYALTY RM 3.2 BILION SABAH SEJAK SHAFIE JADI KETUA MENTERI

Masyarakat Sabah termasuk adun warisan yg hilang kepercayaan terhadap ketua menteri mereka mungkin kerana isu wang royalty.

Wang yang di bayar oleh Petronas kepada negeri di bawah bayu sejak tidak pernah diumumkan kepada rakyat.

Jumlah perolehan bayaran tersebut hanya diketahui selepas dinyatakan oleh YB Menteri Datuk Mustapha Mohammad baru baru ini. 

Tahun 2018 di bawah Shafie Sabah menerima RM 1.7 Billion dan tahun 2019 menerima RM 1.5 Billion dengan jumlah keseluruhan nya RM 3.2 Billion.

Mungkin inilah satu sebab Shafie berkata beliau sanggup mati daripada menyerahkan kuasa kepada Musa Aman. 

Hari ini berita Sabah bertambah panas dan mengejutkan apabila Datuk Zulkarnain Mahdar membuat laporan kepada SPRM Putrajaya terhadap TYT yang menolak dan enggan menerima mengadap blok Musa Aman untuk mengambil alih kerajaan negeri daripada parti Warisan.

Manakala di Kota Kinabalu pula beberapa ahli Warisan telah membuat report polis di IPD Kota Kinabalu terhadap Datuk Zulkarnain dengan alasan telah menghina dan membuat tuduhan liar terhadap Tuan Yang Dipertua Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

sumber : Jalin Luin