Ahad, 16 Ogos 2020

Maszlee Labelkan Calon Pejuang sebagai Calon Bebas Ala Shahrir Samad

Dalam satu kempen dan walkabout tadi, wartawan bertanya kepada calon apakah impak bertanding sebagai calon bebas.

Maszlee menjawab calon bebas tak jadi isu. Dahulu pun Shahrir Samad bertanding di Johor Bahru sebagai calon bebas dan menang. Jadi apa tak ada isu.

Tambah Maszlee lagi ini pemilihan calon bebas ini adalah sebagai langkah permulaan untuk calon diangkat sebagai pemimpin di masa hadapan terutama pru15 dan menjadi pemimpin besar di Perak.

Agaknya masa Shahrir Samad jadi calon bebas Maszlee masih budak2 lagi kut. 

Untuk maklumat netizen, Shahril keluar Umno kerana membantah tindakan Mahathir tidak melantik beliau sebagai Ketua Penaja Umno baru di Johor Bahru pada tahun 1988.  Shahrir mengambil langkah berani dengan mengosongkan kerusi Johor Bahru dan satu PRK terpaksa di adakan. Shahrir sekali lagi menjadi hero dan menang bergaya menewaskan lawan nya dari BN. Ini cerita lama, Maszlee tak perlu samakah Shahrir dengan calon blackout Slim. 

Shahrir adalah seorang pemimpin atau leader and he is not just a follower seperti Calon Bebas Slim bertanding di tempat sendiri pun kalah.

Paling lawak tadi calon blackout beliau akan cuba mengatasi masalah banjir kilat yg sering melanda kawasan Felda. 

Banjir kilat isu sebenarnya. Ia lebih kepada sikap manusia itu sendiri. Kalau perparitan dan sungai dijadikan tempat pembuangan sampah, lambat laun sungai semakin sakit dengan bahan pencemaran. 

Perkara lain ialah tanaman sawit dengan sendiri menyebabkan tanah tidak dapat menyerap dan menyimpan air, tetapi sebagai sumber ekonomi utama negara kita kena redha saja lah. 

Apa pun pengundi Dun Slim harus bijak memilih pemimpin untuk Dun Slim. Pengumuman Presiden PPBM untuk menyertai Muafakat Nasional harus diberi perhatian. Ia akan mengukuhkan penyatuan ummah dan kerajaan Melayu tanpa Dap, PKR dan Pan.