Rabu, 19 Ogos 2020

PRK Slim adalah pertandingan antara Mentor dan Protege

Sepanjang 5 hari mengikuti pergerakan calon BN Saudara Mohd Zaidi Aziz, bolehlah saya katakan ia adalah pertandingan adik abang.

Mohd Zaidi Aziz adalah abang dan mentor kepada calon bebas lambang pokok no 1 yang boleh disebut sebagai protege.  Mohd Zaidi adalah 4 tahun lebih senior di Universiti Islam Antarabangsa Kuala Lumpur.

Semasa di universiti Mohd Zaidi sangat aktif dalam persatuan di peringkat UIA. Beliau banyak membimbing protege nya dalam program pembinaan insan di peringkat universiti.

Zaidi mempunyai karektor seorang pemimpin dan tidak kekok untuk senang bergaul dengan masyarakat tanpa mengira apa fahaman politik. 

Apabila namanya disebut-sebut sebagai calon N58 setelah dilantik sebagai pemangku Ketua Bahagian Umno Tanjong Malim beliau mendapat perhatian seluruh negara terutama alumni UIA. Ramai rakan2 beliau yang berada dalam kem PKR dan lain-lain angkat bendera putih untuk tidak bertanding dan memberi laluan kepada beliau. 

Calon bebas logo pokok bukan lah lawan kepada Zaidi. Jika tidak kerana Mahathir mungkin Amir calon bebas akan meneruskan cubaan nya untuk bertanding. 

Pun begitu #PRKSlim adalah acid test oleh Mahathir untuk menguji kerjasama antara BN, Muafakat Nasional dan melihat setakat mana PPBM pimpinan Muhyiddin untuk membantu kemenangan Mohd Zaidi Aziz.

Alhamdulillah YB Saifuddin SKMM rakan calon dan aktivis belia turut hadir ke Slim River untuk memberi sokongan kepada calon. Begitu juga alumni UIA pun awal2 sudah turun membuat culaan untuk mengkaji apakah ciri2 calon yang dikehendaki oleh pengundi Slim River maka Mohd Zaidi adalah calon yang memenuhi syarat dan berkelayakan untuk diangkat sebagai Adun Slim menggantikan Allahyarham Dato Khusairi.

Rata-rata pengundi yang ditemui semua berpuas hati dengan ketokohan yang ditunjukkan oleh Mohd Zaidi yang bijak dan petah dalam berhujah dan berpidato. Inilah calon yang diharapkan untuk menggegarkan dewan Dun Perak.