Jumaat, 21 Ogos 2020

#PRKSlim masuk fasa terakhir esok

Kempen pilihan raya kecil N58 Slim masuk ke fasa terakhir bermula esok.

Dalam tempoh 7 hari ini apa yang dapat kita lihat ialah pasukan BN Mohd Zaidi Aziz telah jauh ke hadapan meninggalkan pencabarnya iaitu calon bebas lambang pokok Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 

Allahyarham ayah kepada Amir adalah seorang pejuang UMNO dan bekas naib kadi di Teluk Intan. Ibunya seorang pesara guru agama yang kini dikatakan sedang uzur.

Mohd Zaidi Aziz calon BN anak tempatan kini pemangku Ketua Bahagian Umno Tanjong Malim.
Dari sudut perang saraf Zaidi memang dalam semua medium, poster, bendera dan Billboard Zaidi di hadapan. Penerimaan pengundi boleh dikatakan solid terutama kepada peneroka Felda yang pernah merasa susah sewaktu 22 bulan di bawah pemerintahan kerajaan PH.

Seorang lagi calon nombor 3 ialah seorang pesara kerajaan dari sektor pendidikan Dr Shantara mencuba nasib dan mungkin ingin mengurangkan undi kaum India yang hanya 12 peratus. Setakat ini tak nampak jentera kecil nya menembusi ke kawasan Felda yg mempunyai jumlah pengundi Melayu tertinggi iaitu 74 peratus daripada keseluruhan pengundi yg berjumlah lebih 23 ribu.

Calon bebas nombor calon no 1 kini dibantu oleh Dr Maszlee dan Syed Saddiq berserta NGO penyokong PH. 
Setakat hari ini MP Pan iaitu Pokok Sena dan Parit Buntar telah turun membantu calon bebas logo pokok. 

Dalam tempoh 7 hari berbaki apa grand finale yang bakal menjadi kejutan kepada calon bebas yang dipayungi oleh parti pejuang, wartawan dan pengundi menanti apakah Tun tidak akan muncul seperti di beberapa prk sebelum ini.