Aku berasa amat marah bila melihat undang-undang dipersendakan.
Pertengahan bulan Mei lalu Konsortium Bas Ekpress Berhad yang berpangkalan di Taiping telah digantung permit selama sebulan.
Tetapi yang sedihnya sampai hari ini masih terdapat sebahagian dari ratusan bas tersebut masih beroperasi seperti biasa dari stesen bas ekpress di Kamunting ke destinasi seluruh negara.
Atas lebuhraya sudah tentu ada pegawai yang bertanggungjawab seperti polis trafik, JPJ dan mungkin juga orang LPKP , kenapa tak sita saja bas-bas tersebut.
Beberapa hari selepas penggantungan ada tersiar berita 10 buah bas disita oleh JPJ. Bagus dan tahniah. Tapi basa yg disita tu mungkin bas buruk. sebab yang cantik dan baru masih di simpan. Hanya yang buruk saja dikeluarkan untuk beroperasi.
Semalam ada bas terbalik di Karak. Ingat bas KBEB punya . Kalaulah yang terbalik tu kepunyaan konsortium sudah tentu Pak Lah naik angin.
Kes ini rasanya Pak Lah tak tahu lagi, Jangan sampai ada yang terbunuh seorang dua lagi baru nak bertindak.
Wahai LPKP bangun lah dari tidur. Rasanya dah beribu orang SMS ke 39900 untuk melaporkan kes KBEB ini. Setiap sms di cas 50 sen. tapi apakah tindakan LPKP?
Nampaknya seolah-olah penyitaan 10 buah bas adalah sandiwara antara KBEB dan LPKP.