Khamis, 5 Jun 2008

SAINS DAN MATEMATIK MESTI DITERUSKAN

Ramai yang tidak bersetuju kedua-dua subjek tersebut dilaksanakan dalam bahasa Inggeris di sekolah rendah dengan berbagai alasan.

Aku mengambil contoh apabila komputer dan telefon bimbit diperkenalkan di negara ini, hanya bahasa Inggeris menjadi bahasa utama untuk mengendalikan kedua alat tersebut. mahu atau tidak semua orang terpaksa belajar istilah-istilah bahasa komputer dan telefon. Hari ini kalau ada komputer dan telefon yang siap dengan aplikasi bahasa Melayu, kita lihat ramai akan menggunakan bahasa Inggeris dengan alasan lebih mudah dan senang di fahami.

Begitu juga dengan Sains dan Matematik, kita tidak akan nampak hasilnya jika ia merujuk kepada keputusan UPSR hujung tahun ini. Hasilnya akan dapat dinilai 20 atau 30 tahun akan datang. Apabila mereka pula mengambil alih tempat guru-guru yang terkial-kial mengajar mereka hari ini dalam Bahasa Inggeris.

Ini bukan salah guru, bukan mereka tak pandai Mat dan SC. cuma mereka tak dapat nak sampaikan dalam bahasa Inggeris dengan baik, itu sahaja. Ini disebabkan masa mereka bersekolah dahulu mereka diajar oleh guru-guru yang juga terkial-kial menggunakan bahasa Melayu, Rata-rata guru zaman dahulu adalah belajar dalam Bahasa Inggeris. Hari ini guru yang mengajar Sc dan Mat dalam bahasa Melayu tak ada masalah. tetapi bila PPSMI di perkenalkan maka ia menjadi satu beban kepada guru dan ibubapa.

Bebanan ini tidak timbul kepada guru-guru atau ibubapa yang bersekolah dalam aliran Inggeris dahulu. Sebab itu kalau kita lihat hasil keputusan kedua-dua subjek tersebut , anak-anak India, Cina dan sebahagian Melayu mencapai keputusan yang baik. Ini kerana Bahasa Inggeris juga menjadi bahasa percakapan di rumah.

Bagi anak-anak Melayu yang ibubapa mereka berpendidikan Melayu akan mengahadapi masalah, ibu bapa tak dapat membantu anak mereka di rumah.

Oleh itu elok diteruskan PPSMI kerana kita sudah banyak habis wang untuk melaksanakan program ini. seperti peribahasa melayu.,alang-alang mandi biar basah, menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan.