Jumaat, 7 November 2008

BTN sasaran baru PAS

BTN atau Biro Tata Negara kini menjadi sasaran tohmahan Pas di Dewan Rakyat. Setelah ketandusan idea kerana Harakah di terbitkan dua kali seminggu, Sudah habis ruang dalam BN dan UMNO diselongkar untuk mencari isu dan bahan berita dan akhirnya BTN menjadi sasaran.

BTN dituduh sebagai agent BN dan Umno untuk mempertahankan parti. Pas mahukan BTN dimansuhkan atau dihapuskan seperti menghapuskan ISA.

Pas memang tidak mengemari BTN kerana badan itu berjaya mengikis dan melunturkan pemikiran ahli Pas yang selama ini begitu otodok dan fanatik. Pas amat takut kehilangan sokongan dari kakitangan kerajaan Persekutuan yang selama ini menyokong Pas.

Penulis mengakui memang ramai kakitangan kerajaan persekutuan adalah penyokong dan ahli Pas. Ramai juga penyokong Pas yang beralih arah setelah mengikuti program BTN. tetapi yang kauw-kauw atau ahli Pas sejati akan terus dengan ideologi mereka.

Pas tidak perlu mempersoalkan BTN kerana UMNO juga tidak pernah mempersoalkan badan-badan atau institusi Pas seperti Pusat Tarbiah Pas, Pasti, Badan Amal. Koperasi harakah, dan banyak lagi yang penulis sendiri tidak tahu berapa banyak jentera mereka lagi.

Apa kah Pas terasa terancam dengan BTN, JKKP , Kemas dan lain-lain lagi. Pas hari ini telah berasa cuak dan gabra dengan kehadiran pemimpin Baru dalam Umno. Pas telah berdosa kepada pengundi kerana mengadai maruah Islam. Pas tercabar kerana kegagalan mereka mempertahankan syiar Islam dan sanggup bersekedudukan dengan parti yang menjadi seteru mereka sebelum ini.