Jumaat, 30 Januari 2009

Anwar ingin jadikan PKR pengganti UMNO tetapi...........

PKR tidak berputus asa untuk menarik lebih ramai pemimpin UMNO untuk bersamanya dalam PKR. Nampaknya ahli politik dah nak jadi pemain bola Liga Inggeris boleh dibeli dengan harga berjuta-juta .Alasan beliau amat mudah, ''Justifikasinya ialah untuk menguatkan suara Melayu dalam Pakatan Rakyat sebab menganggap suara Melayu kurang mencukupi," katanya di sini hari ini.


Yang pasti Anwar amat sayangkan UMNO. Oleh kerana pintu UMNO sudah tertutup kemas maka usaha beliau ialah hanya satu "BUNUH UMNO "..

Seorang lagi ADUN jadi perhatian PKR

IPOH 29 Jan. - Selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim berjaya dipujuk untuk melompat parti daripada UMNO kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR), seorang lagi ADUN UMNO kini menjadi perhatian mereka.

ADUN Kamunting, Mohammad Zahir Abdul Khalid ketika dihubungi mengaku bahawa beberapa pemimpin parti terbabit telah datang menemui beliau semalam untuk mengajaknya menuruti langkah Nasaruddin.

''Semalam ada beberapa pemimpin PKR datang menemui saya. Justifikasinya ialah untuk menguatkan suara Melayu dalam Pakatan Rakyat sebab menganggap suara Melayu kurang mencukupi," katanya di sini hari ini.

Bagaimanapun, kata Mohammad Zahir, beliau belum terfikir untuk bersikap 'berpaling tadah' kerana masih yakin dengan perjuangan UMNO untuk orang Melayu.

''Saya percaya dengan perjuangan UMNO dan Barisan Nasional (BN). Saya percaya UMNO dan BN masih berada di landasan yang betul," katanya lagi.

Sambil menegaskan beliau tidak akan lari daripada perjuangan parti, Mohammad Zahir yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Taiping berkata, apa yang penting ialah UMNO Perak melakukan revolusi bagi mendapatkan semula kepercayaan rakyat.

''Saya tidak akan lari daripada perjuangan parti tetapi parti mestilah melalui perubahan supaya perjuangan tetap relevan untuk rakyat dan negara," katanya.

Perak kini dikuasai oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada enam Exco mewakili DAP, PKR (tiga orang) dan Pas (Menteri Besar dan seorang Exco lain).