Isnin, 26 Januari 2009

Pas melompat macam kera dapat bunga bila DUN Bota masuk PKR (klik)

Rata-rata orang Pas dan Pakatan sangat bergembira kerana merasakan mereka sudah betul kerana ada ahli Umno yang menyertai pakatan mereka. Iaitu Adun Bota Perak.

Kalau dilihat secara ringkas , beliau pernah memegang jawatan Ahli Parlimen dan kemudian diarahkan bertanding untuk kerusi Adun dan akhirnya kalah dalam pemilihan parti. Jadi jelaslah bahawa grafnya semakin menurun. Ini bermakna dia hanya ada kerusi Adun sahaja.

Bab ini orang Umno semua dah masak. cuma Pas saja melompat seronok pasai apa?

Pas sepatutnya bersedih dan berduka kerana Anwar berjaya menambah ahli dan Pas sepatutnya berasa kecewa dengan sikap Pkr seolah-olah ingin merampas kerusi MB dari Pas. Pkr telah terang-terang menipu Pas dan Dap.

Pkr sentiasa berusaha untuk menjadikan negatif kepada positif dan berjaya di Perak.
Pas tunggu apa lagi?

Buat lah demontrasi membantah tindakan Anwar.