Khamis, 26 Februari 2009

Elez yang dipuja oleh PKR

KENAPA ENGGAN MENERIMA PERLETAKAN JAWATAN AMOI INI? SAYANG ATAU TAKUT HILANG SATU KERUSI? KENAPA ADUN BEHRANG DAN CHANGKAT JERING MINTA SUPAYA MELETAKKAN JAWATAN. MUNGKIN SEBAB AMOI CANTIK ( hUjAN).

Status Elizabeth ditentu selepas siasatan

SHAH ALAM 25 Feb. - Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor hari ini mengambil keputusan untuk melanjutkan cuti Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong sementara menunggu siasatan polis selesai.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, sebarang keputusan hanya akan dibuat setelah siasatan selesai.

"Seperti mana yang dititah Tuanku Sultan, kerajaan negeri akan membuat keputusan yang adil serta mengambil kira kepentingan rakyat khasnya dan negeri Selangor amnya," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco di sini hari ini.

Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri amat berbesar hati dengan kebijaksanaan Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam memberi pendapat tentang pencerobohan hak peribadi individu.

Sebagaimana titah baginda, perbuatan menceroboh hak peribadi seseorang individu adalah menyedihkan apabila kehidupan dan hak peribadi individu itu dijadikan satu publisiti dan topik hangat untuk disebarkan kepada orang ramai.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan itu menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Abdul Khalid pada 17 Februari lepas.

Elizabeth, 37, yang kini dipercayai berada di luar negara, kemudiannya mengulangi tawaran untuk mengosongkan jawatan sebagai wakil rakyat dan anggota Exco walaupun kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyarankan agar bercuti dan menimbangkan semula hasratnya itu.

Setakat ini, polis telah mengambil keterangan Elizabeth dan 12 saksi termasuk empat wartawan, dua dari akhbar Malay Mail dan dua lagi dari The Sun.

2 ulasan:

  1. Salam,
    Ini adalah sikap penakut dan bacul PR @ PKR, bila kerusi BN cepat-cepat desak adalah PRK dengan harapan akan dapat kerusi tersebit tetapi bila kerusi mereka, mereka takut adakan PRK kerana bimbang kerusi mereka akan hilang. Inilah sikap PKR. Semua orang dah faham ini.

    BalasPadam
  2. Biasalah tu, PKR dan PR tu kan suka cakap besar. Penakut pulak tu.

    BalasPadam