Jumaat, 20 Mac 2009

Bukit Gantang Bakal Mendapat Menteri Lagi

Dalam PRU 11. Datuk Tan Lian Hoe dari Parti Gerakan telah berjaya menewaskan Dr Lo' Lo' dari Pas dan Tan dilantik sebagai Timbalan Menteri. Itu dahulu. Dalam Tsunami politik yang melanda negara setahun yang lalu, Bukit Gantang kehilangan kerusinya gara-gara tekanan yang kuat oleh Anwar Ibrahim.

Datuk Azim calon luar gagal dalam perjuangannya mempertahankan kerusi BN. Pepatah melayu menyatakan "bukan salah ibu mengandung".

Dalam PRK kali ini BN telah memilih Ismail Saffian sebagai calon Ahli Parlimen dan saya meletakkan harapan yang tinggi supaya pengundi P059 memilih calon BN sebagai wakil rakyat.

Tidak mustahil selepas Datuk Seri Najib mengambil alih tugas Pak Lah sudah tentu akan ada rombakan kabinet. Tidak mustahil juga Ismail Saffian akan dilantik menjadi Menteri atau Timbalan Menteri berdasarkan pengalaman dalam bidang kerjaya dan bidang politik beliau cukup meyakinkan. Beliau mampu melaksanakan tugas yang lebih berat dan mencabar.

UNDILAH BN