
Apabila pakej rangsangan ekonomi baru dilancarkan ,ia memberi hadiah atau keuntungan kepada pemilik kereta Proton Saga ini.Harga kereta ini sudah jatuh di bawah 3000 ringgit dan banyak juga sudah menjadi tukun atau tempat ayam bertelur .
Kini boleh tersenyum lega kerana boleh dilupuskan dan layak mendapat rebat 5000 ringgit untuk membeli Proton baru.
Kepada pemilik Kancil generasi pertama 1994/95 seperti saya mungkin belum bersedia untuk melupuskan kereta kerana ia masih dalam keadaan baik dan dijaga atau diservis oleh Perodua sendiri. Walaupun sudah mencecah 14 tahun ia masih bergaya di atas jalan. Berbeza dengan Saga yang sudah berusia 23 tahun.